Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Misteri Pelajar Kolej Hilang Terjawab, Mayat Ditemui Di Bawah Jambatan Sungai Klang

Misteri kehilangan seorang pelajar kolej sejak Sabtu lalu terjawab apabila mayatnya ditemui di bawah jambatan Sungai Klang berhampiran Jalan Jurutera, Puchong pada Selasa.

Pelajar kolej dilapor hilang, ditemui meninggal

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan orang hilang pada 26 Julai lalu yang dibuat kakak mangsa berusia 23 tahun itu.

pelajar kolej

Foto: Carian Google

Menurutnya, berdasarkan laporan, mangsa sebelum itu meminta dijemput di Stesen LRT Putra Heights pada jam 12 tengah hari, 25 Julai. Namun, dia gagal dihubungi sehingga keesokan harinya.

Artikel lain: Mayat Ditanam: Bapa Direman Tujuh Hari, Dakwa Anak Hilang Ketika Ditinggal Beli Makanan

“Polis kemudian menerima maklumat penemuan mayat dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kunci di poket seluar si mati. Pemeriksaan lanjut di rumah mangsa di Jalan Klang Lama turut dilakukan,” katanya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan pelajar kolej tersebut berada di kawasan itu sebelum dilaporkan hilang. Waris kemudian dipanggil untuk pengecaman, sekali gus mengesahkan pakaian yang dipakai adalah milik mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB mynewshub

“Cap jari si mati dihantar ke makmal untuk pengesahan identiti sebelum mayat diserahkan kepada keluarga,” ujarnya.

Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Serdang pada jam 8 pagi semalam, namun laporan penuh masih belum diperoleh. Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah.

Terdahulu, media melaporkan penduduk gempar dengan penemuan mayat wanita dalam keadaan tertiarap di atas batu di bawah jambatan Jalan Jurutera Batu 13, Puchong.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sumber: Harian Metro (Raja Noraina Raja Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Sosial

Seorang pembantu setiausaha pejabat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencuri perhatian ramai selepas berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), membuktikan tiada had bagi mereka...

Nasional

Malaysia sekali lagi menunjukkan kepimpinan kukuh di peringkat serantau apabila berjaya memacu komitmen negara-negara ASEAN dalam memperkukuh pembangunan kemahiran dan transformasi tenaga kerja masa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd