Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Paul Wesley Failkan Cerai Terhadap Isteri, Brad Pitt Pula Dituduh Jadi Punca

Sebelum ini, pelakon Paul Wesley telah membuat keputusan untuk berpisah dengan isterinya, yang juga merupakan usahawan barangan kemas, Ines de Ramon.

Bagaimanapun, selepas enam bulan memaklumkan perkara tersebut kepada umum, akhirnya telah bernekad untuk memfailkan penceraian terhadap isterinya itu.

Mana tidaknya, pasangan tersebut telah bersetuju untuk berpisah kerana sudah tiada persefahaman antara mereka dan meletakkan titik noktah untuk tidak lagi bersama.

“Keputusan yang dibuat adalah persetujuan bersama. Mereka meminta agar diberi ruang privasi buat masa sekarang,” kata wakil Paul.

Namun begitu, dalam dokumen yang difailkan, aktor yang berusia 41 tahun itu tidak menyatakan tarikh sebenar mereka bercarai tetapi, ada khabar angin yang mengatakan mereka sudah tidak bersama sejak pertengahan tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tetapi, tular pula khabar angin yang mendedahkan bekas isterinya, Ines sangat rapat dengan pelakon Brad Pitt dan ia menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Paul.

Hal ini kerana Ines dan Brad Pitt dilihat hadir ke konsert bersama-sama pada November lalu kemudian menyambut hari lahir pelakon itu pada bulan yang berikutnya.

Dalam pada itu, sejauh mana kesahihan berita tersebut masih tidak dapat dipastikan lagi memandangkan kedua-dua belah pihak hanya berkunci mulut.

Sekadar info, Paul dan Ines mendirikan rumah tangga pada November 2019.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar 

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd