Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PATI Kantoi Menyamar Jadi Rakyat Tempatan, Gagal Nyanyi Lagu Negaraku

PATI kantoi menyamar, gagal nyanyi lagu Negaraku

Jabatan Imigresen Malaysia menggagalkan cubaan seorang pendatang tanpa izin yang menyamar sebagai warganegara dalam operasi penguatkuasaan selepas individu itu gagal menyanyikan lagu Negaraku di sebuah pangsapuri di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

PATI kantoi menyamar, gagal nyanyi lagu Negaraku

PATI kantoi menyamar, gagal nyanyi lagu Negaraku

Menurut laporan Bernama, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha, memaklumkan suspek merupakan seoarang lelaki berusia lingkungan 30-an merupakan 597 pendatang tanpa izin yang turut ditahan akibat pelbagai kesalahan imigresen semasa pemeriksaan dijalankan terhadap 1,597 warga asing dalam serbuan bermula jam 9 malam.

Dalam pada itu, operasi mega itu menggerakkan 139 anggota Imigresen serta dibantu 200 anggota Pasukan Gerakan Am, 40 anggota Majlis Perbandaran Petaling Jaya, enam pegawai Jabatan Pendaftaran Negara dan lima anggota Angkatan Pertahanan Awam.

“Kesemua individu yang ditahan berumur 11 hingga 59 tahun, terdiri daripada 472 lelaki dan 125 wanita,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu,” kata Jafri, malam tadi.

PATI kantoi menyamar, gagal nyanyi lagu Negaraku

Sebelum ini, risikan telah dijalankan selama dua minggu sebelum tempoh serbuan dibuat setelah mendapat aduan daripada orang awam berhubung keberadaan warga asing yang menetap di kawasan penempatan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Pihak Imigresen mengingatkan orang ramai dan majikan supaya tidak melindungi pendatang tanpa izin atau terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang,” ujarnya.

PATI kantoi menyamar, gagal nyanyi lagu Negaraku

Beliau memaklumkan semuIndonesia Kecam, Imigresen Malaysia Gempur Penempatan Haram PATI di Nilaia yang ditahan akan dibawa ke Depo Tahanan Imigresen di Semenyih bagi siasatan lanjut.

Menurut siasatan awal, Jafri menjelaskan rumah di pangsapuri itu telah disewakan oleh warga tempatan kepada pendatang tanpa izin bagi mengaut keuntungan yang lebih lumayan.

“Kadar sewaan bagi sebuah rumah antara RM1,100 dan RM1,300 manakala ada juga rumah yang diubah suai dengan mendirikan partition dan disewa dengan kadar RM280 bagi setiap ruangan itu,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Indonesia Kecam, Imigresen Malaysia Gempur Penempatan Haram PATI di Nilai

Difahamkan, terdapat sebahagian warga asing yang ditahan cuba melarikan diri sehingga sanggup membahayakan nyawa dengan hampir terjun dari tingkat lima pangsapuri namun berjaya dihalang anggota Imigresen yang bertugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Bernama

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Dunia

Seutas jam tangan mewah Richard Mille milik bekas Wakil Ketua Komisi III DPR RI, Ahmad Sahroni, yang diambil semasa pecah rumah pada Sabtu lalu,...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd