Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PAS Terengganu Tak Tahu Isu Sebenar Samsuri Letak Jawatan Bendahari Agung PN

PAS Terengganu tidak mengetahui isu sebenar di sebalik peletakan jawatan secara mengejut Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN)  seperti yang diumumkan pada Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Hanafiah Mat berkata, beliau mengetahui perkara itu menerusi maklumat diterima melalui WhatsApp selain tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung peletakan jawatan tersebut.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Foto: Berita Harian

“Kami di peringkat negeri langsung tak tahu cerita yang berlaku.
“Tak boleh nak komen langsung sebab kita tak tahu. Tahu pun (isu peletakan jawatan) dari WhatsApp.
“Sememangnya tak ada maklumat langsung tentang peletakan jawatan tersebut,” katanya pada khamis.

Menurut laporan Berita Harian pula, Hanafiah juga enggan mengulas tentang pergolakan yang berlaku dalam PN antara punca peletakan jawatan Ahmad Samsuri sebagai Bendahari Agung dalam gabungan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan Terengganu nafi dakwaan rasuah pengundi

Foto: Utusan Melayu

“Tak tahu…tak boleh nak komen,” jawabnya secara ringkas.

Ahmad Samsuri melepaskan jawatan sebagai Bendahari Agung PN dan pengumuman mengenainya juga dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan PAS Pusat.

Beliau juga dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pihak pengurusan PN.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengesahkan Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS telah mengemukakan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN, namun enggan mengulas lanjut perkara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tuan Ibrahim Tuan Man: Dari ulama dihormati ke kabinet | Astro Awani

Foto: Astro Awani

Sebelum ini, beberapa pemimpin PN seperti Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin dan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau saling berbalas kenyataan berhubung calon perdana menteri gabungan itu untuk Pilihan Raya Umum Ke-16.

Ahmad Samsuri antara nama yang disebut-sebut sebagai calon berpotensi sebagai perdana menteri dan ia turut dinyatakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Kemaman pada tahun tahun lepas.

Sumber: Sinar Harian (Nurfardlina Izzati Moktar), Berita Harian (Zatul Iffah Zolkiply)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd