Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tular Papan Iklan Gambar Prabowo Di Israel? Kementerian Tampil Beri Penjelasan

Tular di media sosial gambar papan iklan besar Abraham Shield Israel yang memaparkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bersama beberapa pemimpin dunia termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut laporan Detikjogja, iklan itu turut menampilkan wajah Presiden Palestin Mahmoud Abbas serta beberapa pemimpin Arab sederhana dengan tulisan,

“Yes to Trump’s Plan  GET IT DONE”.

israel

Satu lagi papan iklan pula memaparkan mesej,

“Mr. President, Israel stands by your plan. Seal the Deal”.

Artikel lain: Subsidi RON95: Rakyat Indonesia Tumpang Kagum – “Kenapa Kita Kalah Dengan Malaysia?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Indonesia, Yvonne Mewengkang menegaskan bahawa pendirian Indonesia dalam isu Palestin kekal tidak berubah.

“Indonesia tidak akan mengiktiraf atau menjalinkan hubungan normalisasi dengan Israel melalui Abraham Accords atau apa-apa saluran lain, kecuali mereka terlebih dahulu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan berdaulat,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa Menteri Luar Negeri, Sugiono, sebelum ini sudah menegaskan perkara sama iaitu setiap rancangan berkaitan negara tersebut mesti bermula dengan pengiktirafan terhadap kemerdekaan Palestin.

israel

Dalam kenyataan di akaun X @AbrahamShield25, Pertubuhan Israel untuk Keselamatan Serantau mengesahkan merekalah yang melancarkan kempen papan iklan berkenaan.

Kumpulan itu terdiri daripada lebih 120 tokoh kanan dalam bidang keselamatan, dasar dan ekonomi negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertubuhan tersebut menegaskan bahawa cadangan Donald Trump merupakan langkah serius dan bertanggungjawab untuk menukar pencapaian ketenteraan kepada kejayaan diplomatik, selain mewujudkan realiti baharu di Gaza tanpa Hamas serta memperkukuh Perjanjian Abraham.

Sumber: Detikjogja

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Lokal

Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara dijangka berterusan sehingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera yang lebih kering serta...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Lokal

Kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau bukan sahaja menjejaskan sumber bekalan air, malah turut memberi impak langsung terhadap pengeluaran padi yang dijangka menyusut sehingga...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd