Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pandalela Rinong & Dhabitah Sabri Terlepas Tiket Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Gandingan penerjun negara, Datuk Pandalela Rinong & Dhabitah Sabri terlepas beraksi di Olimpik Paris 2024 apabila hanya menduduki tangga ke-12 dalam saingan acara 10 meter (m) platform seirama di kedudukan ke-12 di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar.

Bukan prestasi terbaik

Memetik laporan dari Sinar Harian, gandingan tersebut gagal menunjukan prestasi terbaik mereka dan menduduki tempat tersebut daripada 16 gandingan penyertaan.

Mereka juga hanya mengutip 240.06 mata keseluruhan pada  final acara Pusat yang berlangsung di Akuatik Hamad, Qatar.

Kredit foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pandalela Rinong & Dhabitah Sabri hanya menduduki tempat ke-12

Dalam saingan tersebut, pasangan China, Chen Yuxi-Quan Hingchan telah mendominasi acara dengan memenangi tempat pertama apabila mencatatkan  362.22 untuk mata keseluruhan.

empat kedua dan ketiga masing-masing disambar pasangan Korea Utara, Kim Mi Rae-Jo Jin Min (320.70 mata) diikuti gandingan Great Britain, Toulson Lois-Spendolini Sirieix (299.34 mata).

Kredit foto: Google

Pandalela Rinong & Dhabitah Sabri sepatutnya perlu menduduki tempat ke-4 untuk ke Olimpik 2024

Difahamkan, gandingan Pandalela-Dhabitah perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat keempat untuk menempah tiket ke Olimpik Paris 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini juga, Pandalela yang merupakan pemenang tempat ketiga Olimpik Rio 2016 itu juga gagal melayakkan diri ke Olimpik tahun ini susulan menamatkan saingan di tempat ke-29 dengan mengumpul 231.15 mata dalam acara kegemarannya, 10m platform individu.

Kredit foto: Malay Mail

Artikel lain: Atlet IPT Sumbang Separuh Pingat Kontinjen Negara Di Sukan Asia Hangzhou 2022

Dua penerjun lelaki negara, Ooi Tza Lian dan Muhammad Syafiq Puteh juga tersingkir di pusingan kelayakan 3m papan anjal individu lelaki selepas masing-masing hanya menduduki tempat ke-23 (352.10 mata) dan 45 (296.35 mata).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd