Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pamela Ling Dapat Kebenaran Mahkamah Cabar Waran Tangkap Dan Sekatan Perjalanan

Datin Seri Pamela Ling Yueh yang dilaporkan hilang sejak 9 April lalu, hari ini memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan waran tangkap terhadapnya serta mendapatkan beberapa perintah berkaitan kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut laporan Berita Harian, waran tangkap terhadap Pamela dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 2 Disember tahun lalu atas permohonan SPRM selepas beliau gagal hadir memberi keterangan seperti diminta.

Pamela yang menetap di Singapura sejak tahun 2008 memfailkan permohonan semakan kehakiman itu untuk mencabar waran berkenaan serta menyatakan bahawa SPRM tiada kuasa secara langsung atau tidak langsung untuk menghalang seseorang daripada meninggalkan Malaysia kecuali mengikut peruntukan sah di bawah Seksyen 44 Akta SPRM dan Seksyen 44(4) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Foto: malay.news

Selain itu, dia turut memohon perintah mandamus agar Ketua Pengarah Imigresen membenarkannya kembali ke Singapura.

Permohonan ini difailkan melalui peguamnya, Datuk Malik Imtiaz Sarwar, manakala pihak responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Mohd Faisal Md Noor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan bahawa wujud isu yang boleh dibicarakan dalam permohonan berkenaan dan membenarkan semakan kehakiman itu diteruskan.

Bagaimanapun pihak Jabatan Peguam Negara memaklumkan bahawa mereka hanya membantah bahagian permohonan yang mecabar waran tangkap, dengan alasan ia sepatutnya dibawa melalui proses jenayah dan bukan semakan kehakiman serta mahkamah menetapkan 3 Jun ini untuk pengurusan kes selanjutnya.

Dalam afidavit yang difailkan bersama permohonannya, Pamela mendakwa tindakan SPRM terhadapnya merupakan satu bentuk gangguan yang berpunca daripada konflik rumah tangga dan perniagaan dengan bekas suaminya, Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu.

Pamela menuduh suaminya memalsukan tandatangan dalam dokumen pemindahan saham syarikat Multi Galaxy Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura, serta membuat aduan kepada SPRM sebagai tekanan agar dia menarik balik tindakan undang-undang yang difailkan di negara itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Dia turut mendakwa bahawa beberapa pegawai SPRM telah menyalahgunakan kuasa termasuk membekukan akaun bank milik bapanya dan membuat ugutan ketika siasatan dijalankan.

Pamela mendakwa tindakan tersebut tidak bermotifkan penyiasatan sah di bawah undang-undang, sebaliknya bertujuan menekannya untuk menyelesaikan pertikaian peribadi dengan bekas suami.

Terdahulu, Pamela dilaporkan hilang pada 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan buat kali kesembilan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kenderaan e-hailing yang dinaiki wanita itu telah dihalang oleh lima buah kenderaan lain, termasuk tiga kereta jenis Toyota Camry, Nissan Almera dan Nissan Teana.

Sekurang-kurangnya lapan individu terlibat dalam kejadian tersebut, termasuk beberapa yang berpakaian menyerupai polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga kini, polis masih belum menemui Pamela dan tidak menolak kemungkinan beliau masih berada dalam negara.

Sumber: Berita Harian (Ahmad Johari Mohd Ali)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd