Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pakar Forensik Maklum Zayn Rayyan Dijerut, Bukan Lemas

Kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, disahkan meninggal dunia akibat jerutan yang dipercayai menggunakan objek seperti tali, lanyard, atau kain yang dipintal dan bukannya akibat lepas seperti yang disangkakan sebelum ini.

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu didedahkan oleh Pakar Perubatan Perunding Forensik, Dr Rohayu Shanar Adnan yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak tersebut pada 7 Disember 2023, jam 12 tengah hari.

Foto: Berita Harian

Ketika itu, mangsa yang berusia enam tahun ditemukan dalam keadaan yang masih lengkap berseragam sekolah,  memakai lampin pakai buang, dengan ketinggian 119 sentimeter (sm) dan berat 17.2 kilogram.

Dr Rohayu, 54, yang kini bertugas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pasir Gudang, Johor memberikan keterangan sebagai saksi pendakwaan ke-27 dalam perbicaraan kes pengabaian terhadap dua individu, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf, di hadapan Hakim Mahkamah Syariah Syesyen, Dr Syahliza Warnoh.

Menurut beliau, pemeriksaan menunjukkan kesan jerutan pada leher yang bertindih terletak enam sm di bawah telinga kanan dan kiri, otot leher dan kelenjar tiroid di bawah kesan jerutan ini turut lebam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kesan jerutan ini boleh terhasil daripada sebarang objek dibentuk contohnya tali, lanyard atau kain dipintal. Malah kedudukan jerutan adalah sama iaitu enam sm di bawah telinga kanan dan kiri, maka kesan ini adalah horizontal (melintang).
“Berbeza dengan gantung, kesannya adalah oblique (serong) dan berbeza di telinga kanan kiri si mati, tiada lebam otot leher kerana gantung adalah proses pasif, maknanya sebarang objek dibentuk keliling leher ianya diketatkan oleh berat badan si mati dan tarikan graviti,” katanya.

Malah, Dr Rohayu berkata mayat Zayn Rayyan menunjukkan kesan trauma tumpul dan tajam termasuk kesan jerutan di leher.

Katanya, kesan trauma tumpul adalah lebam pada dahi, kedua-dua bibir atas dan bawah, belakang kepala, rahang, tengkuk, belakang bahu kanan, di antara kedua belikat, belakang badan, dada, abdomen, sisi kanan badan, lengan bawah kanan dan lengan atas kiri.

“Malah kedua-dua belah mata turut lebam. Kesan trauma tajam adalah luka potongan pada telinga kiri, luka tikaman dan luka hirisan di belakang telinga kiri sehingga belakang kepala sebelah kiri, luka hirisan pada belakang kepala sebelah kanan, luka hirisan pada lengan kanan atas dan luka hirisan pada lengan bawah kanan,” katanya.

Foto: scoop.my

Dr Rohayu berkata kesan trauma tumpul dan tajam itu tidak mematikan tetapi penderaan fizikal ke atas arwah Zayn Rayyan.

Jelasnya lagi, tiada luka pertahanan atau luka menumbuk dan menendang dilihat pada arwah Zayn Rayyan.

“Selain itu, terdapat benda asing di temui pada rongga tenggorok pernafasan sebelah kanan dan dalam perut arwah,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, lelangit mangsa turut lebam menunjukkan benda asing dimasuk atau ditolak secara paksa ke dalam mulut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun begitu, katanya benda asing berkenaan tidak membawa kepada kematian kerana Zayn Rayyan bukannya tercekik akibat kemasukan benda asing.

“Di bahagian dubur mangsa juga terdapat luka koyak dan lelasan akibat kemasukan objek tumpul tetapi ianya tidak mematikan,” katanya.

Penting untuk dinyatakan semua kecederaan adalah “perimortem”, iaitu berlaku hampir dengan waktu kematian, berdasarkan tindak balas sistem pertahanan yang masih aktif dan ianya dapat dilihat melalui mikroskop.

Beliau turut menolak teori mati lemas berdasarkan keadaan kulit tapak tangan dan kaki mangsa yang berkedut, atau dikenali sebagai ‘washer woman appearance’, kerana tiada sebarang petunjuk lemas atau kerosakan serius pada organ dalaman.

“Jerutan di leher yang melebamkan otot leher dan kelenjar tiroid menunjukkan ianya cukup kuat sehingga menyekat kemasukan oksigen untuk ke paru-paru dan otak yang melemaskan arwah mengakibatkan kematian.
“Dengan ini, saya simpulkan sebab kematian sebagai ‘ligature strangulation’ (jerut),” katanya.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai sudah tiga hari tidak keluar ditemui meninggal dunia di sebuah rumah kedai dihuninya. Penemuan jasad itu mengejutkan orang ramai...

Lokal

Kerajaan Pahang nafi langgar perintah mahkamah dan ia sekaligus menyangkal dakwaan Save Musang King Alliance (SAMKA) yang menyatakan bahawa kerajaan negeri telah melanggar perintah...

Lokal

TYMBA Education Group dilantik secara rasmi sebagai Institusi Pembelajaran dan Latihan Diluluskan (ALTI) oleh Yayasan Peneraju di bawah Skim Pembiayaan Baharu, khusus bagi kelayakan...

Sosial

Pendedahan yang dibuat oleh akaun Malaysia Fight League (MFL) berkenaan tindakan pengurus rumah anak yatim disyaki kurung dan memberi makanan rosak kepada penghuni telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd