Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Lumba Haram di Lebuhraya DASH, Dua Mekanik Ditahan Polis

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi 56 saat yang memaparkan aksi lumba kereta yang berlaku di Lebuhraya Bertingkat Damansara- Shah Alam (DASH).

Dua daripada enam suspek berjaya ditahan

Terbaharu, Kosmo! Online melaporkan dua daripada suspek yang menyertai lumba haram di lebuhraya DASH berjaya ditahan oleh pihak polis.

Memetik laporan, dua mekanik berusia 20 dan 29 tahun ditahan kira-kira pada jam 11.49 malam di sekitar daerah tersebut selain berjaya merampas dua kereta jenis Proton Satria yang digunakan oleh mereka.

Lumba patah balik melawan arus

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati perlumbaan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dan, difahamkan perlumbaan itu melibatkan enam buah kereta jenis Proton Satria yang berlumba dari Plaza Tol Denai Alam sehingga Kilometer (km) 0 susur ke Pulau Pulau Angsa, Lebuhraya DASH.

“Mereka juga berlumba dengan berpatah balik melawan arus sehingga ke Plaza Tol Denai Alam.
“Jarak perlumbaan bagi sehala adalah kira-kira dua km,” katanya.

Jelasnya, perlumbaan tersebut adalah lebih kepada menguji jentera masing-masing tanpa menawarkan sebarang hadiah. Sehingga kini, pihak polis sedang mengesan empat lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Dalam pada itu, Mohd. Iqbal Ibrahim. eminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 019-4475767.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd