Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KKM Diminta Perjelas Isu Empat Bilik Bedah Jantung Rosak Walaupun Telan Kos RM546 Juta

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin membangkitkan isu berhubung empat bilik pembedahan di Pusat Jantung, Hospital Serdang yang menelan kos sebanyak RM546 juta tetapi berdepan masalah teknikal.

Memetik laporan Berita Harian, beliau meggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat serta melakukan audit terhadap prosedur, termasuk mengenal pasti siapa menyebabkan empat bilik pembedahan tersebut mengalami rosak.

Foto: Utusan Malaysia

Beliau meminta penjelasan daripada KKM sama ada benar empat bilik pembedahan di bangunan baharu terbabit tidak berfungsi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Apabila Pusat Jantung ini dibuka, ia dikatakan mampu memberi rawatan bertaraf dunia kepada pesakit jantung di Malaysia dan untuk mengurangkan pergantungan pada Institut Jantung Negara (IJN).
“Namun, hanya selepas 18 bulan pada Mei 2024, keempat-empat bilik pembedahan telah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah teknikal dan elektrik.
“Justeru, Puchong ingin mendapat pengesahan daripada KKM, adakah laporan ini benar?,” soalnya ketika membangkitkan isu itu di Dewan Rakyat hari ini.

KKM sasar bentang RUU Pindaan Akta Perubatan 1971 sesi Parlimen ini

Foto: Berita Harian

Bukan itu sahaja, Bee Yin menjelaskan bahawa Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pernah mengumumkan tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang sudah mula berfungsi sejak 5 Jun lalu.

“Puchong ingin mendapatkan pengesahan daripada Menteri, berapakah bilik pembedahan di kedua-dua ‘new wing’ dan ‘old wing’ yang berfungsi sekarang?
“Puchong juga ingin bertanya sama ada fasiliti-fasiliti baharu lain di Pusat Jantung Hospital Serdang seperti Makmal Jantung Invasif (ICL), mesin MRI 3.0 Tesla dan lain-lain berfungsi dengan baik sekarang?
“Yang paling penting, Puchong ingin tanya Menteri, adakah perkara seperti ini boleh diterima sebagai norma di Malaysia? Sebuah Pusat Jantung yang makan kos rakyat sebanyak RM546 juta berdepan dengan masalah teknikal seperti ini,” soalnya lagi.

Teenage 'doctor' released on police bail

Foto: Malaysiakini

Justeru itu, Bee Yin mencadangkan KKM menyediakan satu ‘dashboard’ di ibu pejabat kementerian itu bagi tujuan memantau bukan sahaja bilik pembedahan tetapi juga fasiliti penting hospital yang lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bagi memastikan kementerian bukan hanya ‘fire-fighting’ dalam menyelenggara fasiliti kesihatan apabila ada laporan surat khabar, tetapi juga penyelenggaran boleh dibuat secara berkala dan sistematik,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, langkah itu juga penting untuk memantau sama ada fasiliti terbabit berfungsi dan memastikan aspek penyelenggaraan berkala dibuat.

Sumber: Berita Harian (Fahmy A Rosli)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd