Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

“Orang Tempatan Suka Benarkan Rohingya Guna Nama Beli Kenderaan”- JPJ Kelantan

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah menyatakan orang tempatan bermurah hati nama mereka dipinjam oleh warga asing untuk membeli kenderaan.

JPJ Kelantan terkilan

Memetik laporan Sinar Harian, beliau meluahkan rasa terkilan kerana terdapat orang tempatan membenarkan nama mereka digunapakai oleh warga asing.

“Apa yang kita terkilan, geran atas nama rakyat tempatan. Apabila berlaku pelanggaran peraturan jalan raya, tindakan akan dirujuk kepada pemilik tempatan,”ujarnya.
JPJ Kelantan

Sekadar gambar hiasan | Kredit Harian Metro

Tambah beliau, orang tempatan berdepan dengan risiko disenarai hitam seperti mana dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel lain: Bengang Motosikal Ditarik Punca ‘Rider’ Tendang Berkali-Kali, Ada Tunggakan Tiga Tahun

Artikel lain: Ramai Tak Patuh Lampu Isyarat Merah Terutama Penunggang Motosikal

Advertisement. Scroll to continue reading.

JPJ bukan nak hukum

Jelas beliau, tindakan tersebut bukanlah hendak menghukum, sebaliknya mahu mendidik masyarakat untuk tidak sewenangnya membenarkan nama mereka digunapakai.

Mohd Misuari berkata, warga asing memerlukan pengesahan daripada kedutaan negara masing-masing sebelum memiliki kenderaan di negara ini.

“Kita bukan hendak hukum tapi didik masyarakat kerana pemilikan kenderaan perlukan dokumentasi, kalau warga asing kena ada pengesahan kedutaan,” katanya.

Tegas beliau, tindakan itu menyebabkan berlakunya pelanggaran undang-undang dan mendatangkan risiko kepada pengguna jalan raya lain jika berlaku kemalangan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Lesen P Mylesen (B2) Percuma kepada 210 calon di Akademi Memandu KIST (AMKIST), Telong, Kelantan.

JPJ Kelantan

Setakat ini JPJ Kelantan mengesan kebanyakan rakyat tempatan memberi sewa atau pinjam dan menggunakan nama mereka kepada warga asing khususnya etnik Rohingya. Ia melibatkan kenderaan seperti motosikal, lori, pikap dan kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, sebanyak 196 kenderaan dipandu warga asing telah disita dalam opersi sejak Januari hingga kini. Ini termasuklah kenderaan tidak dituntut dipercayai dimiliki warga tempatan.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamaruddin)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Lokal

Tiga beranak ditemukan meninggal dunia dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, Sungai Petani tengah malam tadi, lapor BH Online. Ketiga-tiga mereka ialah pasangan...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd