Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Negara Mampu Jimat RM7 Bilion, Guna Pelet Biojisim Untuk Sumber Tenaga

Kerajaan memperkenalkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 (PTBN2030) sebagai satu lagi inisiatif progresif dalam menangani isu alam sekitar serta perubahan iklim.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelan tersebut dijangka mampu menjimatkan negara sehingga RM7 bilion menjelang tahun 2030 dengan menggunakan pelet biojisim sebagai sumber tenaga negara.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan dan Komoditi berkata, penggunaan biojisim dihasilkan daripada bahan buangan organik dikitar semula, sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import arang batu.

“Itu adalah pilihan, kita boleh hasilkan pelet dengan banyak, jadikan ia sebagai tenaga hijau, dan tidak lagi bergantung kepada arang batu,” katanya.
biojisim
Bagaimanapun, perkara yang diberi penekanan adalah sama ada negara ini memiliki sumber mencukupi bagi memenuhi permintaan terhadap keperluan bahan sisa buangan organik untuk dijanakan sumber tenaga.
“Sebab itu apa yang kementerian kita (Kementerian Perladangan Dan Komoditi) buat ialah ladang hutan, kita tanam pokok yang boleh tumbuh dalam lima tahun dan kemudian kita tuai hasilnya, termasuk buluh yang efektif untuk buat arang,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika hadir melancarkan Pelan Tindakan Biojisim Negara 2023-2030 (PTBN2030) yang turut dihadir pemain industri biojisim terdiri daripada lima sektor iaitu perladangan, pertanian, penternakan, perhutanan dan perikanan.

Dalam pada itu, beliau berkata PTBN ini dijangka dapat meningkatkan pelaburan industri biojisim kepada RM3 bilion menjelang 2030 selain mampu menyediakan lebih 3,000 peluang pekerjaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejajar dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, PTBN turut menyasarkan projek co-firing di stesen jana kuasa elektrik, iaitu pembakaran bahan api campuran antara arang batu dengan pelet biojisim.

“Sektor biojisim ini akan menjadi pemangkin kepada ekonomi negara sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta menyumbang kepada penambahan pendapatan isi rumah, khususnya kepada pekebun kecil agrikomoditi negara,” ujar Fadillah Yusof.

biojisim

Malah, PBTN juga menyasarkan penubuhan hab ini bagi melaksanakan proses pengumpulan bahan mentah biijisim secara berpusat dan teratur untuk menggerakkan rantaian bekalan biojisim negara secara sistematik dan efisien.

Difahamkan, hab itu dikatakan bakal dibina di 20 lokasi, antaranya di Kuantan, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.
biojisim
Sumber: BERNAMA

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd