Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nasib Enam Bekas Penuntut UPNM Diputuskan Semula Esok

Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dipenjara 18 tahun dalam pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain akan diputuskan semula di Mahkamah Rayuan esok.

Menerusi satu laporan Berita Harian, keenam-enam mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali akan diputuskan semula sama ada kekal dipenjara 18 tahun atau sebaliknya.

Foto: Berita Harian

“Keputusan akan ditentukan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
“Keenam-enam perayu yang juga responden dalam rayuan itu dihukum penjara mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM selepas didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian tanpa niat Zulfarhan Osman, yang mana telah mendera dan menyebabkan 80 peratus badan Zulfarhan melecur akibat tekapan seterika wap.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Berita Harian

Sebelum ini, kesemua mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada 21 dan 22 Mei 2017, kesemua suspek yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan tersebut di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi, manakala mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

Sumber: Berita Harian (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd