Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Nak Gari 10 Kali Pun Takpe Asalkan Kamu Selesaikan Masalah’ – Zamri Vinoth

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth menegaskan perjuangannya bukan bersifat peribadi susulan pembebasannya selepas didakwa di mahkamah berhubung kenyataan yang menimbulkan kegentaran awam, bulan lalu.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Zamri atau nama penuhnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berkata, isu yang diperjuangkannya jauh lebih besar berbanding dirinya sendiri.

“Perjuangan ini bukan perjuangan tentang saya. Zamri Vinoth is nothing. Matlamat perjuangan kita lebih besar nilainya.
“Nak gari 10 kali pun tidak mengapa asalkan kamu selesaikan masalah yang meruncing dan membimbangkan rakyat, itu lagi penting.
“Jika ini harga yang perlu kita bayar demi mendaulatkan undang-undang maka saya reda,” katanya pada Selasa.

Foto: Harian Metro

Dalam hantaran sama, dia turut menyeru umat Islam supaya bersatu.

“Orang Islam wajib bersatu. Perpecahan kita menyebabkan kita dilayan seperti minoriti,” ujarnya.

Sebelum ini, Zamri yang juga Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) lantang bersuara mengenai isu pencerobohan rumah ibadat yang didakwa dibina tanpa mematuhi undang-undang.

Foto: BH Online

Semalam, lelaki berusia 42 tahun itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kegentaran awam melalui akaun Facebook miliknya, bulan lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mahkamah kemudian membenarkan Zamri diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Sumber: Facebook Zamri Vinoth

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd