Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Pelajar UPSI: Polis Rakam Keterangan 18 Individu, Siasatan Tragedi Bas Diteruskan

Seramai 18 individu telah dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan insiden kemalangan maut yang meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat Gerik-Jeli, pagi Isnin.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa individu yang terlibat dalam sesi rakaman keterangan tersebut termasuk 13 pelajar UPSI, sepasang suami isteri yang menaiki Perodua Alza, pemilik kamera papan pemuka (dashcam) serta dua doktor forensik dari Hospital Gerik.

Foto: Kosmo!

Bagaimanapun, katanya keterangan daripada pemandu bas dan pembantunya masih belum diambil kerana kedua-duanya sedang menjalani rawatan di Hospital Taiping.

“Siasatan masih berjalan dengan teliti melibatkan kerjasama pelbagai agensi seperti Puspakom, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Kimia, Institut Keselamatan Jalan Raya (MIROS) serta Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara.
“Setakat ini, hanya satu rakaman dashcam telah diterima dan akan dihantar ke bahagian forensik polis di Bukit Aman untuk dianalisis,” katanya.

Tambah beliau, proses reman terhadap pemandu bas berusia 39 tahun itu hanya akan dijalankan selepas dia selesai menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari hospital.

Foto: Harian Metro

Dalam perkembangan terkini, seramai 15 mangsa masih dirawat di hospital dan lapan pelajar kini dirawat di Hospital Taiping, dua pelajar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) manakala tiga penumpang Perodua Alza dirawat di Hospital Baling.

Sumber: Kosmo! (Asliza Musa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Lokal

Seorang ibu tunggal terkilan dengan tindakan sebuah sekolah yang menghalang anak sulungnya, Solehah Azzahra Nazri, 12, seorang murid autisme, daripada bersekolah tanpa alasan yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd