Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nahas Ngeri Melaka: Loke Arah JPJ Buat Siasatan Terperinci

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk buat siasatan terperinci berhubung nahas kemalangan yang meragut tujuh nyawa termasuk seorang kanak-kanak lelaki selain 33 individu cedera di Kilometer 204 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara, Alor Gajah, pada Isnin.

Menerusi kenyataan rasminya di Facebook, Loke menyatakan bahawa Bahagian Penguatkuasaan turut diarahkan mengambil tindakan terhadap syarikat lori treler serta bas persiaran yang terlibat.

Buat siasatan terperinci berhubung insiden

Ragut Tujuh Nyawa

Foto: Facebook Anthony Loke Siew Fook

“Siasatan awal pihak berkuasa mendapati kemalangan yang mengakibatkan kehilangan tujuh nyawa tersebut berpunca daripada tayar sebuah lori treler yang tercabut.
“(Ia) menyebabkan sebuah bas persiaran mengelak lalu terbabas dan merempuh tiga kenderaan dari arah bertentangan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, JPJ akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan tegas dan bersepadu terhadap kenderaan perdagangan berat bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan sepanjang masa demi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Loke merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut berkenaan.

Ragut Tujuh Nyawa

Foto: Bernama

Artikel lain: Nahas Ngeri Babitkan Tujuh Individu Maut Termasuk Bayi Lelaki, 33 Individu Cedera Parah

Terdahulu, sebuah bas persiaran membawa 27 penumpang serta lori, treler, kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dan Perodua Bezza terbabit dalam nahas sehingga mengorbankan tujuh nyawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kemalangan pada pukul 8.40 malam itu berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh turut menyebabkan 33 individu cedera.

Mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun.

Sumber: Facebook Anthony Loke Siew Fook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Keputusan seorang ibu berbangsa Cina, Zhu Er Chan untuk menghantar anak lelakinya ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukanlah perkara yang asing, memandangkan terdapat...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Sosial

Tindakan tiga sekawan yang menjemput seorang pengawal keselamatan makan bersama mereka di sebuah restoran telah berjaya meraih perhatian ramai di media sosial. Menerusi satu...

Sosial

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) menyuarakan kebimbangan serius berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap beberapa aktivis yang mendedah dan mempersoal aktiviti pencerobohan tanah serta pembinaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd