Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Nak Buat Pinjaman Tapi Takut Tak Lulus? MyPoket Sedia Bantu Semak Kewangan Dulu

MyPoket, platform celik kewangan yang diasaskan oleh Awis Qurni Bin Zakariah, tampil dengan solusi bijak untuk bantu rakyat Malaysia membuat keputusan kewangan yang lebih tepat.

MyPoket sediakan konsultasi berdasarkan laporan pelapor

Difahamkan, melalui sistem tersendiri, MyPoket menyediakan konsultasi berdasarkan laporan pelapor kredit seperti CCRIS – termasuk info penting seperti rekod pembayaran, jumlah pinjaman belum selesai dan senarai hitam.

“MyPoket membantu pengguna faham kelayakan pinjaman mereka – sama ada rumah, kereta atau perniagaan – berdasarkan pendapatan dan komitmen sedia ada,” kata wakil platform tersebut.

MyPoket

MyPocket bukan pemberi pinjaman

Menariknya, sistem ini bukan pemberi pinjaman, tapi fokus pada pendidikan kewangan yang boleh diakses secara dalam talian.

Hanya dengan bayaran RM50, pengguna boleh dapatkan laporan kredit dan konsultasi terperinci tentang status kewangan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“MyPoket juga menggalakkan rakyat semak laporan pelapor kredit sekurang-kurangnya setahun sekali supaya mereka tahu kedudukan sebenar kewangan sebelum buat sebarang komitmen kewangan,” tambahnya lagi.

Lebih 10,000 yang telah menerima manfaat

Setakat ini, lebih 100,000 pelanggan telah menerima manfaat sistem ini dan sasaran mereka untuk tahun 2025 adalah memberi konsultasi kepada 1,000 orang setiap hari.

Pinjaman akan diproses secara dalam talian dan pelanggan hanya perlu hadir ke bank atau koperasi untuk tandatangan tawaran selepas kelulusan.

Artikel lain: Semakan Kadar Dan Perluasan SST Bermula 1 Julai 2025 – Kementerian Kewangan

Dengan slogan “Faham dulu, baru mohon”, MyPoket menyeru rakyat Malaysia supaya lebih bijak dalam mengurus dan merancang masa depan kewangan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd