Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MRSM Cipta lonjakan Luar Biasa, Pencapaian SPM Terbaik Sejak 2013 – Ahmad Zahid

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 menunjukkan peningakatan yang luar biasa setelah melakar pencapaian terbaik sejak 2013 dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49, berbanding 4.60 pada 2023.

MRSM cipta keputusan SPM luar biasa

SPM 2024

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa gembira dengan pencapaian cemerlang hasil usaha kesemua pelajar SPM pada tahun 2024 lalu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2024 yang telah menerima keputusan hari ini, dengan pencapaian yang amat membanggakan, termasuk peningkatan bilangan pelajar cemerlang dan Gred Purata Kebangsaan terbaik sejak 2013.
“Keputusan ini mencerminkan kecemerlangan dan dedikasi para pelajar yang telah berusaha untuk mencapai keputusan yang cemerlang tanpa berputus asa beserta pengorbanan dan sokongan berterusan dari ibu bapa serta para pendidik,” kata Zahid dalam satu kenyataan media hari ini.
SPM 2024
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu juga menzahirkan rasa bangga khususnya buat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kerana merekodkan satu keputusan yang cukup terbaik.
 “Saya turut berbangga apabila pencapaian seramai 7,650 calon SPM dari kesemua 55 MRSM. Gred purata (GP) oleh calon SPM daripada MRSM telah meningkat kepada 1.892 berbanding 2.392 pada tahun lalu.
“Analisis Keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2024 meningkat kepada 14,179 atau 3.7 peratus, berbanding 11,713 calon pada 2023.
“Tahun ini sebanyak 10 MRSM telah mencatatkan prestasi cemerlang dengan GP di bawah 1.50 berbanding hanya 1 MRSM pada tahun lalu. Manakala, 31 MRSM mencatatkan pencapaian luar biasa dengan GP di bawah 2.00 berbanding hanya 9 MRSM sahaja pada tahun lalu.
“Seramai 1,670 daripada 7,650 pelajar MRSM iaitu 21.83% memperoleh gred semua A (A+, A dan A-). Jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding 1,131 pelajar pada SPM 2023,” ujarnya.
SPM 2024
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan agar pelajar-pelajar bijak merebut peluang melanjutkan pengajian dalam pelabagai bidang antaranya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Selain laluan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Kerajaan turut menyediakan jalur pendidikan melalui TVET yang kini diiktiraf sebagai pemacu utama pembangunan negara.
“TVET bukan sahaja berperanan memperkasakan modal insan, tetapi juga membina asas kukuh kepada ekonomi berpendapatan tinggi yang bergantung kepada tenaga kerja mahir dan kompeten.
“Saya komited untuk memastikan agenda TVET diangkat sebagai salah satu aliran pendidikan utama, bukan sekadar pilihan alternatif bagi mereka yang kurang cemerlang dalam akademik dan telah menyediakan saluran UP_TVET sebagai platform rasmi bagi memohon dan melanjutkan pengajian dalam bidang ini,” tambahnya lagi.

Artikel lain: SPM 2024: Pelajar Peluk Guard Sekolah, Tak Lupa Ucap Terima Kasih

Untuk rekod, terdapat 12 kementerian yang menawarkan program TVET melibatkan 1,398 institusi TVET dengan jumlah pelajar menyertai bidang TVET pada tahun lepas juga meningkat kepada lebih 436,285 peserta berbanding 407,038 pada 2023. Kadar kebolehpasaran graduan TVET mencecah 94.5 peratus termasuk kebolehpasaran graduan daripada institusi TVET di bawah MARA pula pada kadar 98.7 peratus.
Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pemergian 15 penuntut UPSI dalam nahas menyayat hati di Gerik, Perak baru-baru ini meninggalkan kesan mendalam buat seluruh rakyat Malaysia. Pemandu van kongsi pengalaman...

Sosial

Bapa kepada Nurly Shahirah Azman, 23, yang merupakan salah seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), yang terkorban dalam nahas bas di Gerik, Perak...

Lokal

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan empat individu, termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) sebuah badan bukan kerajaan (NGO), kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana milik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd