Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MPV Gagal Elak, Suami Isteri Nyaris Maut Rempuh Gajah Liar

 Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki merempuh seekor gajah liar yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 50, Jalan Johor Bahru–Mersing, malam Selasa.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian berlaku sekitar jam 9.20 malam ketika pasangan terbabit dalam perjalanan dari Kota Tinggi menuju ke Mersing.

Foto: Sinar Harian

“Sebaik tiba di lokasi, empat ekor gajah tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu gagal mengelak lalu merempuh salah seekor haiwan berkenaan.
“Akibat rempuhan itu, bahagian hadapan Perodua Alza terbabit mengalami kerosakan, namun kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 40 dan 38 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Tambah beliau, gajah berkenaan melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran sejurus selepas kejadian.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati ketika melalui kawasan yang berdekatan hutan terutamanya pada waktu malam, kerana kawasan itu merupakan laluan biasa bagi haiwan liar termasuk gajah.

Sebelum ini, tular satu rakaman yang memaparkan kemalangan membabitkan sebuah MPV dan seekor gajah liar di laluan berkenaan, dengan kedengaran suara gajah dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini bukan kejadian pertama melibatkan pelanggaran antara kenderaan dan gajah di kawasan tersebut.

Pada 17 Mac lalu, satu lagi insiden berlaku di Jalan Mawai apabila sepasang suami isteri mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan mereka merempuh seekor gajah yang berada di tengah jalan.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd