Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MITI Perkasa Pelaburan Hijau, Sasar Peralihan Tenaga Negara Menjelang 2050

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) kini dalam usaha memperkasakan pelaburan hijau ke arah mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Ia sebagaimana digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).

Pelan strategik ini adalah bagi meningkatkan pelaburan hijau sekali gus menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau.

MITI peruntuk hingga RM1.3 trilion untuk pelaburan hijau

Walau bagaimanapun, usaha peralihan tenaga ini memerlukan pembiayaan yang besar kira-kira RM1.2 trilion sehingga RM1.3 trilion menjelang tahun 2050.

Advertisement. Scroll to continue reading.

MITI berkata dalam kenyataan, dianggarkan sebanyak RM250 sehingga RM280 bilion diperlukan (bagi tahun 2023-2029) bagi merealisasikan inisiatif tersebut.

Justeru itu, Malaysia perlu memanfaatkan pelbagai sumber modal termasuk menerusi “Pelaburan Hijau” yang bukan sahaja lebih kompetitif, malah selari dengan trend pelaburan global semasa yang memberi penekanan terhadap aspek Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (Environmental, Social dan Governance -ESG).

pelaburan hijau

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof berkata, satu kajian singkat adalah perlu dalam usaha memperkasa strategik menarik pelaburan hijau.

“Satu jangka kajian masa singkat adalah perlu bagi memastikan pelaksanaan peralihan tenaga dan pelaburan hijau yang lebih berkesan, teratur dan sistematik, yang seterusnya akan dapat meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama,”katanya.

pelaburan hijau

Sementara itu, menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, kajian ini telah dipersetujui oleh Mesyuarat Pelaburan Negara dan Jemaah Menteri, masing-masing pada 9 Januari dan 24 Januari 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kajian jangka pendek, penting perkasa strategi

Katanya, kajian jangka masa pendek ini adalah tepat pada masanya dan merupakan titik tolak kepada perangkaan strategi dan pelan pelaksanaan bersasar.

Ini bagi menggerakkan agenda pelaburan hijau negara yang lebih berkesan, teratur dan sistematik.

Pelaksanaan kajian ini merupakan pelengkap kepada NIMP dan NETR yang akan mengenal pasti beberapa perkara, antaranya senarai peluang pelaburan hijau berdasarkan enam energy transition levers di bawah NETR, keutamaan pelaburan hijau, sinergi antara peluang pelaburan hijau dan sektor yang dikenal pasti.

Malah, peluang lokalisasi serta peluang pelaburan hijau yang bakal direalisasikan menerusi formulisasi strategi bagi sektor sedia ada.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Menyedari peri pentingnya sumbangan pelaburan hijau kepada pertumbuhan ekonomi negara, sebuah Jawatankuasa Pemandu Kajian Strategi dan Pelaksanaan Pelaburan Hijau telah diwujudkan yang dipengerusi oleh PETRA, Kementerian Ekonomi (KE), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI),”petik kenyataan.

Artikel lain: Steven Sim Puji JTKSM Bela Nasib 733 Warga Asing Ditipu Majikan

MITI pula merupakan sekretariat kepada Jawatankuasa Pemandu Kajian Strategi dan Pelaksanaan Pelaburan Hijau.

Dalam pada itu, skop kajian turut diperluaskan untuk merangkumi aspek kerangka perundangan (legal framework) bagi Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS).

“Ini mengambil kira pengiktirafan kerajaan terhadap aktiviit CCUS sebagai salah satu strategi baharu pertumbuhan hijau dan rendah karbon negara.
“Justeru, terdapat keperluan bagi mewujudkan satu kerangka perundangan berkaitan tadbir urus CCUS bagi membolehkan semua pihak berkepentingan jelas dengan hala tuju Malaysia dalam pertumbujan hijau, sekali gus mendukung aspirasi pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050,”katanya lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd