Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Muncul Dalam Filem Hollywood, Tonjol Merdeka 118 Di Pentas Dunia – CEO PNB

Bangunan pencakar langit, Merdeka 118 menjadi kebangaan baharu buat Malaysia kerana berjaya mencerminkan perkembangan kemajuan di negara dan telah menjadi satu tarikan di peringkat global.

Merdeka 118

Foto: World Construction Network

Merdeka 118 itu mendapat perhatian dunia setelah dijadikan lokasi pengambaran filem Hollywood, Thunderbolts dan merupakan satu langkah yang proaktif dalam mempromosikan Kuala Lumpur sebagai pusat pelancongan yang dinamik dan moden.

Menurut laporan Bernama, Chief Executive Office (CEO) PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd, Tengku Datuk Ab Aziz Tengku Mahmud berkata, kejayaan pembikinan filem terbitan Marvel Studios ini membuktikan bahawa Merdeka 118 merupakan mercu tanda ikonik bertaraf dunia dan mampu menarik perhatian global.

Merdeka 118

Foto: Tatler Asia

“Ini merupakan satu peluang unik untuk menonjolkan Merdeka 118 di pentas dunia.
“Kemunculan bangunan ini dalam filem Hollywood bukan sahaja memperkenalkan mercu tanda baharu Malaysia, tetapi juga mempromosikan Kuala Lumpur sebagai destinasi yang moden dan dinamik,” kata Ab Aziz pada Ahad.

Beliau berkata, pengambaran telah dijalankan pada pertengahan tahun lepas dan pihak PNB bekerjasama rapat bersama pihak produksi bagi memenuhi keperluan mereka, sambil menitikberatkan keselamatan orang awam yang berkunjung ke bangunan tersebut.

“Kami bekerja rapat dengan pihak produksi untuk memastikan setiap keperluan dipenuhi secara efisien dan profesional, sambil mengutamakan keselamatan awam dan bangunan.
“Dan sekiranya ada permintaan (untuk penggambaran di Merdeka 118), kami akan menilai dan menimbang setiap permintaan yang diterima dengan mengambil kira kesesuaian dan impaknya terhadap Merdeka 118 serta persekitarannya,” ujarnya.

Artikel lain: Menara Merdeka 118 Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Januari 2024

Sementara itu, beliau juga berharap dengan adanya pendedahan sebegini dapat meningkatkan profil bangunan itu di peringkat antarabangsa dan terus menjadi lokasi pilihan untuk pengambaran filem dan kandungan digital.
Merdeka 118

Foto: GSCCinemas

Terdahulu, pelakon utama Thunderbolts, Florence Pugh melakukan aksi lagak ngeri terjun dari puncak Merdeka 118 menjadi perhatian ramai setelah Marvel Studios berkongsi klip di sebalik tabir pembikinan filem berkenaan di media sosial sehingga menjadi bualan hangat di kalangan rakyat Malaysia

Sumber: Bernama (Norhidayyu Zainal)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya. Suami dakwa isteri disondol lelaki lain...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial melibatkan seorang suami yang dikenali sebagai ‘Abang Wiring’ menjalinkan hubungan terlarang bersama seorang wanita dipercayai bekerja sebagai seorang...

Dunia

Melaksanakan ibadah haji adalah impian setiap seorang Muslim namun tidak semua berpeluang mengerjakan ibadah tersebut kerana melibatkan kos yang sedikit tinggi. Terima jemputan tunai...

Lokal

Suasana di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ) berhampiran Kampung Sungai Petai, bertukar hiba apabila seorang lelaki yang berada di tempat kejadian cuba menyedarkan mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd