Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri Sumber Manusia Sasar Lebih 150,000 Pelatih Sertai Program NTW 2024

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menyasarkan lebih 150,000 pelatih untuk menyertai program di bawah National Training Week (NTW) 2024 yang akan berlangsung 24 hingga 30 Jun 2024 nanti.

Menerusi ucapannya dalam majlis Pra Pelancaran National Training Week (NTW) 2024 bertempat di Hilton Hotel, Kuala Lumpur, sebanyak 25,000 kursus dan latihan percuma ditawarkan sepanjang program berkenaan.

Sasar penyertaan lebih tinggi

Susulan daripada itu, NTW untuk tahun ini menyasarkan jumlah lebih tinggi daripada tahun lalu bagi mendaftar untuk mengikuti latihan-latihan ditawarkan dengan jumlah pembiayaan oleh industri sebanyak RM200 juta.

“Sebab tahun lepas program national training week 2023 telah berjaya untuk melatih ataupun memberikan latihan percuma kepada 130,000 orang pelatih bersamaan dengan 21,000 kursus percuma di seluruh negara, bersamaan 500,000 jam latihan,” ujarnya.

Tak hanya fokus kepada kuantiti

Walau bagaimanapun, NTW tahun ini tidak hanya menfokuskan kepada kuantiti, tetapi turut memastikan kualiti latihan memberi manfaat dan tidak membuang masa sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malaysia jadi hab latihan di masa hadapan

Menurut Steven lagi, NTW juga akan menjadi pad pelancaran bagi membangunkan industri negara seperti Hab Latihan Liga Ivy di Amerika Syarikat.

“Kita mungkin telah terlepas kereta api untuk mendapatkan pendidikan seperti di Oxford (sudah dimulai sejak 1000 tahun lalu)”.
Namun, boleh saya katakan bahawa  universiti kita bekerja keras untuk mengejarnya. Saya fikir sebenarnya kita mampu untuk  menjadi Liga Ivy dalam kemahiran latihan” katanya.

Beliau yang optimis dengan manfaat latihan-latihan dalam industri ini berharap suatu hari nanti para pelatih yang sudah mahir mampu menyediakan latihan untuk pelatih luar negara pula.

Hal ini sekali gus mencapai standard seperti yang berlaku di Liga Ivy dan Malaysia akan menjadi Hab Latihan di masa hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd