Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri KPWKM Tegaskan Idea Buka Rumah Pelacu*an Rendahkan Martabat Wanita

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri menolak idea yang dikemukan seorang selebriti tempatan apabila mencadangkan agar adanya rumah pelacuran di Malaysia untuk keperluan warga asing.

Wanita berhak terima pengiktirafan

Menerusi kenyataan rasmi Menteri KPWKM, beliau sudah pun menonton video podcast yang disiarkan pada 7 Januari 2024 menampilkan selebriti tersebut dan secara peribadi merasakan idea berkenaan sebagai tindakan merendahkan martabat seorang wanita.

“Sebagai seorang wanita, secara peribadi saya berpandangan bahawa apa jua cadangan yang meletakkan wanita sebagai “alat” untuk menyelesaikan masalah sosial adalah sebagai merendahkan martabat kaum wanita.
“Wanita berhak untuk menerima pengiktirafan dan layanan yang lebih baik daripada itu,” ujarnya.

Menteri KPWKM sentiasa beri fokus usaha perkasakan wanita

Susulan daripada itu, beliau menegaskan bahawa Kementerian sentiasa memberi fokus terhadap usaha-usaha memperkasa wanita dan mengarusperdanakan gender melalui pelbagai program.

Tindakan tersebut bertujuan untuk meningkatkan penglibatan serta kapasiti wanita dalam pelbagai sektor di semua peringkat bagi menyumbang dan menjadi agen pembangunan negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini termasuklah membantu Kerajaan menyediakan ekosistem terbaik dan persekitaran yang kondusif bagi membolehkan wanita mempunyai peluang yang adil untuk mendapat tempat serta memiliki kerjaya yang baik dan bermaruah, sama seperti peluang yang dimiliki oleh kaum lelaki.

sekadar gambar hiasan

Menteri KPWKM percaya rakyat Malaysia berilmu

Justeru, Nancy menyatakan kesedaran dan publisiti yang positif terhadap hak dan sistem sokongan kepada wanita perlu ditanam serta disebarkan kepada rakyat umum, bukan sebaliknya.

Kenyataan, cadangan ataupun gurauan yang tidak sensitif terhadap wanita tidak boleh dijadikan normalisasi. Apatah lagi apabila ia secara terangan bercanggah daripada pelbagai sudut, sama ada dari sudut undang-undang, prinsip serta nilai kekeluargaan dan budaya serta agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya percaya rakyat Malaysia adalah rakyat yang berilmu dan bertamadun, dan kita perlulah bertindak dengan lebih baik dan bijak di masa hadapan, terutamanya untuk menonjolkan contoh yang terpuji kepada generasi kita yang akan datang” tegasnya.

Terdahulu, tular di media sosial potongan video dari podcast melibatkan seorang selebriti yang membincangkan satu topik berkenaan isu ‘rumah pelacuran’ sama ada perlu ataupun tidak untuk warga asing bagi mengelakkan sebarang gangguan seksual terhadap para wanita di Tanah Air.

Walau bagaimanapun, pelakon terbabit telah membuat permohonan maaf berkenaan isu tular tersebut dan menyatakan bahawa kenyataan itu bukan mewakili dari pihaknya secara peribadi.

Dia juga meminta agar orang ramai menonton dahulu podcast berkenaan secara keseluruhan bagi mengetahui hal sebenar isu yang sedang mereka perbincangkan.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd