Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Menteri KPT Berucap Di Sesi Meja Bulat Mesyuarat ASSEMME9 Di Malta

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom dan meneruskan lawatannya ke Malta bermula 25 hingga 26 Januari 2024.

Sertai sesi plenari & 4 sesi perbincangan meja bulat

Difahamkan, dalam rangka lawatan kerja YB Menteri ke Malta selama 2 hari, beliau telah menghadiri  Mesyuarat Menteri-menteri Pendidikan Tinggi Asia-Eropah Kali Ke-9 (ASEMME9) dan telah menyertai sesi plenari serta empat sesi perbincangan meja bulat.

  • Sesi plenari

Menerusi sesi plenari, mereka telah membincangkan tentang horizon inklusif iaitu bagaimana cara memanfaatkan kecerdasan buatan untuk masa hadapan kolektif dalam bidang pendidikan.

Selain itu, mereka juga membincangkan perihal mengembangkan teknologi dan kaedah pembelajaran yang inovatif dalam pendidikan dengan membangunkan inklusif pendidikan kesihatan.

  • Sesi meja bulat

Dalam sesi meja bulat pula, perbincangan pertama antara menteri adalah mengenai matlamat pembangunan mampan dalam sektor pendidikan.

Ia diikuti dengan sesi meja bulat kedua di mana para menteri mengulas perihal pengiktirafan dan mobiliti seimbang, disusuli pula dengan isu pembelajaran sepanjang hayat serta TVET.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi sesi meja bulat keempat, para menteri dari pelbagai negara sepakat untuk membincangkan tentang digitalisasi, terutamanya yang menfokuskan tentang bidang pendidikan.

Diberi penghormatan berucap di sesi meja bulat

Tak hanya itu, Dato’ Dr Zamry  juga telah diberi penghormatan untuk berucap pada sesi perbincangan meja bulat dengan tajuk Digitalisation.

Beliau dengan jelas telah menerangkan mengenai apakah impak digitalisasi kepada tiga komponen penting sejagat iaitu Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), pembelajaran sepanjang hayat dan TVET.

Perbincangan kerjasama strategik dengan Menteri Pendidikan Romania

Selain itu, beliau turut terlibat secara langsung dengan pembentangan laporan terkini (Stocktaking Report) berhubung status aktiviti dan program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022-2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikesempatan itu, pertemuan dua hala bersama dengan Menteri Pendidikan Romania, Puan Ligia Deca bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan antara dua negara terutamanya dalam bidang pendidikan tinggi juga dilakukan.

Jumpa rakan sejawat

Dato’ Dr Zamry juga berkesempatan berjumpa dengan beberapa rakan sejawatan dan delegasi dari Jepun, Ireland serta Argentina untuk berkongsi idea pandangan mengenai pendidikan dan penyelidikan.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd