Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Masih Bertali Pusat, Bayi Perempuan Ditemui Dalam Kotak Tepi Jalan

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, bayi itu ditemui masih hidup dan cukup sifat dengan kesan darah bersama tali pusat dan uri.

“Polis menerima maklumat berhubung penemuan itu pada jam 3.15 petang daripada dua pekerja yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk melihat lembu peliharaan.
“Ketika menghampiri kawasan itu, mereka ternampak kaki seperti kaki bayi terkeluar dari sebuah kotak yang diletakkan di tepi simpang masuk sebuah pusat pengajian al-quran dan pusat pemulihan akhlak,” katanya hari ini.

Foto: Sinar Harian

Oleh kerana curiga dengan keadaan itu, mereka mendekati kotak berkenaan sebelum melihat seorang bayi perempuan ditinggalkan hanya dengan berbalut kain.

Nazri berkata, siasatan awal mendapati, bayi terbabit berkemungkinan baru ditinggalkan di kawasan itu kurang 12 jam sebelum dijumpai buat masa ini polis masih membuat siasatan termasuk di sekitar tempat kejadian bagi mengesan suspek terlibat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kawasan penemuan merupakan laluan awam dan tidak berpagar. Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh membantu sisatan.
“Polis juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas tiga penghuni wanita di pusat pengajian itu dan didapati, tiada tanda-tanda telah melahirkan bayi,” tambahnya lagi.

Foto: Sinar Harian

Menurutnya, bayi berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kampar dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah dimaklumkan mengenai kes penemuan bayi ini.

Nazri menekankan, kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd