Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mansuh Pencen Untuk Pengambilan Baru, Bukan Sedang Berkhidmat -Khairy Jamaluddin

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjelaskan bahawa saranan memansuhkan pencen ahli parlimen dan penjawat awam bukanlah bagi mereka yang sedang berkhidmat, tetapi bagi pengambilan baharu.

Khairy Jamaluddin kesal kenyataan disalah tafsir

Penjelasan berkenaan dibuat menerusi laman Facebook miliknya dengan mengakui kesal apabila cadangan tersebut dijadikan clickbait tanpa mengambil konteks sebenar apa yang dinyatakan menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ tempoh hari.

“Saya kesal dengan tindakan sesetengah media yang menggunakan ‘clickbait’ tanpa mengambil konteks penuh tentang cadangan saya berkenaan memansuhkan pencen Ahli Parlimen dan penjawat awam sekali gus mengelirukan pembaca.
“Saya secara spesifik dan jelas mengatakan cadangan itu adalah untuk pengambilan baharu penjawat awam, bukan ke atas mereka yang sedang dalam perkhidmatan demi menjaga fiskal negara.
“Ikuti ulasan penuh tentang isu ini dalam Episod 53 #KeluarSekejap di YouTube,” tulis Khairy Jamaluddin.

https://www.facebook.com/Khairykj/videos/710189090454157/

Hal ini susulan tularnya kenyataan daripada bekas Menteri Kesihatan tersebut di saluran YouTube Keluar Sekejap yang mengatakan dirinya bersetuju dengan cadangan pakar ekonomi yang memberi saran untuk memansuhkan pencen Ahli Parlimen serta penjawat awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Langkah tersebut dipercayai dapat mengimbangi fiskal negara dengan menukarkannya kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mana tidaknya, beliau mendakwa sekiranya perkara ini gagal dihapuskan, kerajaan mungkin menanggung sehingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam tempoh masa 10 tahun akan datang.

Artikel lain: Khairy Jamaluddin Setuju Mansuhkan Pencen Ahli Parlimen, Penjawat Awam

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, memetik laporan dari Utusan Malaysia, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyifatkan saranan untuk menghapuskan atau membatalkan kemudahan pencen yang dinikmati oleh penjawat awam pada masa hadapan itu sebagai suatu cadangan yang mengarut atau tidak wajar dibangkitkan.

khairy jamaluddin

Kredit foto: Utusan Malaysia

Sumber: Facebook KhairyJamaluddin, Utusan Malaysia (Ahmad Fadhlullah Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd