Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mangsa Kemalangan Jalan Berlubang Dapat Ganti Rugi RM721,000

Kegagalan menyelenggara jalan berlubang di Pasir Gudang, Johor pada tiga tahun lalu membuatkan sebuah syarikat penyelenggara jalan terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM721,000 kepada seorang lelaki yang cedera ketika menggunakan laluan tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Sazlina Safie membuat keputusan itu selepas mangsa, Razali @ Mohd Leey Subeh berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Safwa Global Venture (M) Sdn Bhd yang dilantik kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan.

Foto sekadar hiasan

“Syarikat terbabit juga gagal memfailkan sebarang hujah bertulis atau lisan walaupun beberapa kali penangguhan.
“Plaintif berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan syarikat itu cuai sepenuhnya dalam kemalangan yang berlaku pada 11 Februari 2021, kira-kira pukul 10 malam,” katanya.

Susulan daripada itu, mangsa yang berusia 49 tahun menuntut ganti rugi dan kecederaan yang dialami selepas motosikalnya merempuh jalan berlubang berhampiran Taman Kota Masai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto sekadar hiasan

Oleh itu, mahkamah percaya defendan telah gagal dalam tugas mereka untuk menyelenggara jalan berkenaan dan bertanggungjawab kepada plaintif di bawah Seksyen 7(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 (GPA).

Susulan keputusan itu, syarikat penyelenggaraan itu akan memfailkan rayuan penghakiman berkenaan di Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, plaintif (mangsa) memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan kedua namun menarik balik saman terhadap responden kedua pada 16 Mei 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd