Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mangsa Keempat Tragedi Konvoi Pelajar KPTM Meninggal Dunia

Seorang lagi pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi yang terlibat dalam tragedi konvoi motosikal di Kilometer 262.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi semalam disahkan meninggal dunia pagi tadi, menjadikan jumlah korban meningkat kepada empat orang.

Mangsa tragedi konvoi keempat meninggal dunia

Menurut laporan Kosmo!, mangsa, Muhammad Iman Rusidi, 19, yang beralamat di Bayan Lepas, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) sekitar pukul 12.30 pagi.

Tragedi Konvoi

Foto: FB Sek Men Al-Itqan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, bedah siasat mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan otak traumatik teruk (Severe Traumatic Brain Injury).

Artikel lain: Doktor Maut Kereta Terbabas Selepas Pulang Bermain Futsal

“Seorang lagi mangsa masih dirawat di ICU hospital yang sama dan siasatan lanjut berkaitan kes ini masih diteruskan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu membabitkan 15 motosikal yang ditunggang secara berkumpulan dari arah Senawang menuju ke Kuala Lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Tragedi Konvoi

Foto: Kosmo!

Siasatan mendapati, kumpulan motosikal itu bergerak di lorong tengah dan kanan lebuh raya sebelum tiga motosikal di bahagian hadapan bergesel sesama sendiri lalu terjatuh ke atas jalan raya.

Akibat insiden itu, 12 motosikal lain yang berada di belakang tidak sempat mengelak dan melanggar ketiga-tiga motosikal terbabit, menyebabkan semua penunggang turut terjatuh di atas jalan.

nahas konvoi

Foto: Sinar Harian

Dalam masa yang sama, sebahagian daripada 12 motosikal tersebut turut melanggar sebuah kereta dan sebuah lori pada bahagian belakang dan sisi kenderaan.

Tiga mangsa tragedi konvoi yang maut di lokasi kejadian dikenalpasti sebagai Afkar Fitri Affendi, 19, Aliff Syahmi Abdul Hakim, 18, dan Azib Sulaiman, 20 yang kesemuanya merupakan pelajar KPTM Bangi.

Sumber: Kosmo! (Nor Aina Hamzah)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Drama kehilangan seorang lelaki yang juga dikenali sebagai pempengaruh permotoran akhirnya terbongkar apabila polis mendedahkan ia hanyalah helah untuk melarikan diri ke luar negara....

Sosial

Pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten resepi masakan, Che Nom luah sedih dan kecewa menerusi satu perkongsian yang menyentuh hati. Che Nom luah sedih, niat...

Sosial

Sebuah video menyentuh perasaan yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai apabila memaparkan momen mengharukan dua kanak-kanak perempuan menolak kerusi roda yang dinaiki...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd