Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia-Thailand Perkukuh Hubungan, Teroka Kerjasama Dalam Pertahanan Negara

pertahanan

Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan negara.

Menerusi kenyataan di Facebook, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia menghargai komitmen dan persetujuan Thailand untuk terus membawa hubungan pertahanan antara kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi termasuk melalui pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang pertahanan.

“Malaysia mengakui bahawa platform seperti Mesyuarat Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) Malaysia-Thailand yang memasuki edisi ke-56 adalah usaha yang baik dalam pengukuhan kerjasama berkaitan keselamatan sempadan, operasi bersama serta inisiatif pembangunan sosioekonomi dan pengurusan bencana.
“Malaysia dan Thailand mempunyai hubungan diplomatik yang baik, sama ada secara dua hala mahupun melalui platform seperti ASEAN,” katanya.

Artikel lain: Khaled Nordin, Duta Kuwait Bincang Hasrat Malaysia Beli Pesawat Tempur

Beliau berkata, kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomatik yang baik, sama ada secara dua hala mahupun melalui platform seperti ASEAN.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dikesempatan itu, beliau turut memanjangkan jemputan kepada Phumtham ke Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ’25) dan dua acara sempena peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, iaitu Pemukiman Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan Mesyuarat ADMM.

Katanya lagi, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia mengalu-alukan kerjasama lebih erat bersama Angkatan Tentera Diraja Thailand dan berharap mereka dapat memanfaatkan Program Kerjasama Pertahanan Malaysia (MDCP) dalam usaha pembangunan kapasiti dan mempertingkat diplomasi pertahanan Malaysia-Thailand.

Semalam, Mohamed Khaled tiba di Bangkok untuk lawatan kerja rasmi tiga hari bagi memperkukuhkan kerjasama persempadanan kedua-dua negara.

Sempena lawatan kerja rasminya ke Thailand, Mohamed Khaled mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand, Phumtham Wechayachai di Kementerian Pertahanan Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: FB Khaled Nordin

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd