Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perkasa Kerjasama, Malaysia Komited Perkukuh Keselamatan dan Peralihan Tenaga yang Adil

Malaysia Komited

Malaysia komited untuk memperkukuh keselamatan tenaga dan memimpin peralihan tenaga yang adil serta berdaya tahan di peringkat serantau dan global.

Komitmen itu dizahirkan semasa Sidang Kemuncak Summit for the Future of Energy Security yang berlangsung selama dua hari di London, dengan penyertaan pemimpin utama sektor tenaga dunia.

Delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof, menyertai perbincangan strategik melibatkan integrasi sistem tenaga serantau, perubahan iklim, keselamatan bekalan elektrik dan teknologi baharu.

“Kami mengambil peluang di sidang ini untuk memperkukuh kedudukan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan menerajui usaha merealisasikan Grid Tenaga ASEAN.
“Selain itu, Malaysia turut mempromosikan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) serta memperkasa kerjasama dua hala menerusi pertemuan dengan pemimpin United Kingdom dan Pengarah Eksekutif Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA),” katanya dalam kenyataan.

Malaysia turut menegaskan komitmen untuk terus memimpin peralihan tenaga secara pragmatik dan progresif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malaysia komited untuk memimpin peralihan tenaga rantau ini secara pragmatik dan progresif, dengan memberi keutamaan kepada kebolehcapaian, keterjaminan bekalan dan kemampuan pengguna,” jelas kenyataan itu.

Artikel lain: TPM Fadillah Pimpin Misi PETRA Perkukuh Kerjasama Tenaga Global Ke 2 Negara

PETRA turut menyatakan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam sidang kemuncak tersebut mencerminkan pelaksanaan prinsip Malaysia MADANI, khususnya nilai-nilai kesejahteraan, kemampanan dan keterangkuman.

“Pendekatan pragmatik serta berpaksikan rakyat ini sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membentuk negara progresif, lestari dan inklusif demi kesejahteraan generasi kini dan masa depan,” menurut kenyataan itu lagi.

Dengan penyertaan ini, Malaysia terus memperkukuh peranan sebagai pemacu utama dalam membentuk masa depan tenaga yang bersih, mampan dan inklusif, seiring komitmen terhadap kerjasama serantau dan global.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan zuriat yang diberi nama Sharifah Amanda Raudhah selepas 19 tahun berkahwin. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Lokal

Polis telah menahan beberapa individu susulan kejadian seorang pemuda dipukul oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah sewa di Plentong, Johor dalam insiden yang tular...

Sosial

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien berkongsi pengalaman cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemuda ketika berada di sebuah pasar raya Mydin di...

Sosial

Taktik licik dua lelaki termasuk seorang juruaudit yang memperdaya peniaga restoran dengan resit palsu akhirnya membawa padah apabila mereka dicekup polis selepas kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd