Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Berhasrat Bawa Rakyat Palestin Cedera Ke Malaysia, Beri Rawatan Di Hospital Angkatan Tentera

Malaysia menyatakan hasrat bagi membawa rakyat Palestin yang memerlukan rawatan kecemasan akibat serangan tentera Israel untuk dirawat di Hospital Angkatan Tentera (HAT) di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bagaimanapun perkara tersebut masih di peringkat akhir kelulusan daripada pihak Kerajaan Mesir.

Beri rawatan di Hospital Angkatan Tentera

Hospital Angkatan Tentera

“Selain daripada membincangkan mengenai soal hubungan dan kerjasama pertahanan antara dua negara, ia turut tertumpu kepada perkembangan dan situasi yang sedang berlaku di Palestin.
“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Mesir atas bantuan yang diberikan untuk melaksanakan inisiatif terbaharu Malaysia membantu rakyat Palestin,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook pada Rabu.

Hospital Angkatan Tentera

Terdahulu, beliau meraikan Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia, Ragai Tawfik Said Nasr dalam satu majlis makan malam di ibu negara, malam tadi.

Hospital Angkatan Tentera

Sementara itu, Mohamed Khaled juga berterima kasih kepada Kerajaan Mesir yang telah membantu menjayakan pembukaan Pejabat Penasihat Pertahanan Malaysia ke-27 di Mesir yang sudah beroperasi sejak Jun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kedua-dua buah negara memberikan komitmen untuk terus mengukuhkan hubungan antara negara, termasuklah melalui perjanjian persefahaman dalam kerjasama pertahanan yang akan dimeterai kelak,” ujarnya.

Hospital Angkatan Tentera

Menerusi satu kenyataan pada 7 Mei lalu, Mohamed Khaled berkata Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa secara konsisten mendukung dasar negara menentang segala bentuk ketidakadilan ke atas negara Palestin.

Artikel lain: PLKN 3.0 Tekan Aspek Disiplin, Peserta Tidak Lalui Latihan Intensif Seperti Tentera

Malah seperti dipetik laporan Astro Awani pada 2 Jun lalu, Naib Presiden UMNO itu menegaskan bahawa rakyat Palestin perlu diberi hak sepenuhnya dalam menentukan nasib dan martabat negara sendiri, hak kebebasan nasional serta kedaulatan, selain hak kebebasan bergerak.

Untuk makluman, HAT yang dilengkapi pelbagai peralatan dan fasiliti terbaik selain pakar-pakar dalam bidang kesihatan menerima orang awam atas tujuan rawatan kecemasan demi menyelamatkan nyawa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdapat lima HAT iaitu HAT Tuanku Mizan Wangsa Maju, HAT Kem Terendak, HAT Lumut, HAT Wilayah Kota Kinabalu serta Hospital Tentera Darat, Kem Syed Sirajuddin di Gemas.

Sumber: Facebook Khaled Nordin

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Sosial

Imam 3 Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Muhammad Adhan Adnan meletakkan jawatan susulan penularan video menunjukkan setiausaha masjid menonton kandungan lucah di pejabat masjid. Imam...

Lokal

Kes pembunuhan melibatkan pasangan suami isteri yang ditemui maut di sebuah rumah di Sri Aman pada 14 Januari lalu disahkan telah selesai, dengan kemurungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd