Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Malayan Tigress Diberi Peluang Beraksi Di Stadium Bukit Jalil

Buat kali pertama, Liga Wanita Nasional 2024 bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 21 Disember ini.

Menerusi satu kenyataan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkata, perlawanan akhir itu juga merupakan kali pertama skuad bola sepak wanita kebangsaan diberi peluang untuk bermain di padang tersebut.

KBS berkata, menterinya Hannah Yeoh turut memberikan komitmen supaya skuad bola sepak wanita kebangsaan dapat menjalani latihan di SNBJ sama seperti kemudahan yang dinikmati oleh pasukan kebangsaan lelaki, Harimau Malaya.

Ini merupakan satu langkah ke arah kesaksamaan gender dalam penggunaan kemudahan sukan bertaraf tinggi negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bermula tahun ini, Liga Wanita Nasional akan menjadikan SNBJ sebagai lokasi perlawanan yang tetap.

“Skuad bola sepak wanita kebangsaan akan menjalani sesi latihan di padang yang sama sekiranya perlawanan diadakan di Bukit Jalil,” katanya.

KBS yakin bahawa dengan membuka pintu SNBJ kepada skuad bola sepak wanita kebangsaan, ia akan memberi suntikan semangat dan motivasi kepada pasukan Malaysia.

Pada masa sama, KBS juga komited untuk meneruskan usaha menghapuskan jurang yang selama ini wujud antara pasukan bola sepak wanita dan lelaki negara dan ianya merupakan langkah positif ke arah merapatkan jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan kebangsaan tersebut.

“KBS berharap dengan memberi peluang dan ruang bagi skuad bola sepak wanita kebangsaan bermain di SNBJ dapat meningkatkan semangat juang pasukan Malaysia,” ujarnya.
Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dalam usaha meredakan ketegangan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India mengadakan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian melibatkan isu yang timbul sejak...

Lokal

Sebanyak 14,000 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh menerusi 29 masjid sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd