Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Mahkamah Belanda Tolak Rayuan Kumpulan Sulu Hadiah Istimewa Buat Sabah Sempena Hari Malaysia

Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menyifatkan kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan kumpulan Sulu berhubung isu Sabah merupakan hadiah istimewa buat rakyat negeri itu sempena sambutan Hari Malaysia dan hari Sabah 2024.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Presiden PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata berita baik tersebut membuktikan bahawa Sabah berdaulat dalam negara Malaysia.

Hadiah Istimewa Buat Sabah

Foto: Academy of Science Malaysia

“Kemenangan Malaysia di Mahkamah Agung Belanda ke atas rayuan kumpulan Sulu adalah berita baik buat seluruh rakyat Sabah.
“Keputusan ini membuktikan bahawa Sabah berdaulat dalam Malaysia, sekaligus menamatkan tuntutan dari kumpulan Sulu yang tidak pernah diiktiraf sejak awal lagi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan terima kasih atas komitmen kerajaan yang memastikan segala tuntutan dari pihak luar ke atas Sabah dapat dihentikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“PBRS menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan atas komitmen dan usaha Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang begitu serius untuk memastikan segala tuntutan oleh pihak luar ke atas Sabah dapat dinoktahkan segera,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Arthur turut menyatakan PBRS akan terus memberikan sokongan penuh terhadap usaha kerajaan dalam menjaga keselamatan dan kepentingan rakyat.

Artikel lain: MAIWP Peruntuk RM1 Juta Kepada AKPK Bantu Golongan Terbeban Dengan Hutang

“Kejayaan ini merupakan hadiah istimewa buat rakyat Sabah sempena Sambutan Hari Sabah dan Hari Malaysia 2024.
“PBRS akan terus menyokong segala usaha daripada kerajaan untuk memastikan keselamatan dan kepentingan rakyat Sabah dan Malaysia dilindungi setiap masa.
“Terima kasih kerana sentiasa mempertahankan kedaulatan Sabah dalam Malaysia,” katanya.

Hadiah Istimewa Buat Sabah

Foto: Berita Harian

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan bahawa, kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda, yang membuat keputusan memihak kepada Malaysia, dan menolak rayuan yang difailkan oleh pihak berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penghakiman yang memihak kepada Malaysia itu, secara berkesan membatalkan tuntutan yang dikemukakan kumpulan itu.

Sumber: Facebook Parti Bersatu Rakyat Sabah

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd