Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

LHDNM Sekat 203,123 Individu Ke Luar Negara, Saran Pembayar Cukai Semak Status Tunggakan

Seramai 203,123 orang pembayar cukai telah disekat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) daripada meninggalkan negara sehingga 30 November 2024.

Memetik laporan MalaysiaGazette, jumlah yang direkod melibatkan 175,656 orang individu di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (Individu); Seksyen 75A 1976 (Syarikat) 15,070 Seksyen 22 ACKHT 1976 (Individu) 12,205 dan Seksyen 22 Subperenggan 5(1A) (192) ACKHT 1976.

Foto: Berita Harian

Ekoran itu, LHDNM menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan ke luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa sama, LHDNM ingin menasihatkan kepada semua pembayar cukai yang ingin ke luar negara untuk menyemak status tunggakan cukai masing-masing terlebih dahulu menerusi portal MyTax dan semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Menurut Seksyen 104 dan 75A Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967, dan Seksyen 22Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976, LHDNM diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan.

LHDN sekat 182,666 pembayar cukai ke luar negara sehingga 29 Februari lalu

Foto: Berita Harian

Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman mulai 4 Mac 2024, permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pekhidmatan e-Sekatan Perjalanan yang boleh diakses menerusi portal MyTax.

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau hadir ke pejabat HASiL berhampiran.

LHDNM ingin menjelaskan bahawa tindakan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap mana-mana pihak bukan bertujuan menafikan hak mereka tetapi tindakan tersebut adalah merupakan salah satu usaha untuk menguatkuasakan undang-undang percukaian sedia ada kepada pembayar cukai yang gagal melunaskan tunggakan cukai.

Sumber: MalaysiaGazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang...

Sosial

Keluarga pengantin ‘mat saleh’ mencuri tumpuan apabila telah hadir ke majlis perkahwinan di Malaysia dengan lengkap berpakaian tradisional sehingga menerima pujian. Keluarga pengantin masing-masing...

Spotlight

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila penyanyi antarabangsa terkenal Lady Gaga dilihat menikmati makanan di Medan Selera Maxwell, Singapura. Kehadirannya pada petang Selasa...

Nasional

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum akan pelaksanaan penutupan jalan dan kawalan keselamatan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang akan berlangsung pada 26-28 Mei...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd