Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

LHDN Lancar 5 Produk Baharu Sempena Hari Hasil 2024

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melakar sejarah apabila lancar lima produk perkhidmatan digital baharu bagi memudahkan pengguna di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, lima produk baharu tersebut adalah e-CKM (Cukai Keuntungan Modal), HASiL Tax HTB 2023, Profiling Information Systems (PINS), e-Sekatan Perjalanan dan Behavioural Insights Tools: Compliance Empowerment.

LHDN lancar lima produk baharu

Artikel lain: HASiL Sasar Kutipan Cukai RM197 Bilion Bagi Tahun 2024

“Alhamdullilah selepas 28 tahun penubuhannya, HASIL telah mencapai pelbagai kejayaan yang cemerlang dari segala aspek pentadbiran percukaian, pembentukan modal insan dan aplikasi teknologi terkini.
“Yang terbaharu, HASIL telah diiktiraf sebagai pemenang anugerah Most Impactful Public Sector Agency Driving Digital Adoption bagi sistem MyTax dan Anugerah Emas bagi Integriti, Governans dan Antirasuah 2023 oleh Insititut Integriti Malaysia,” ujarnya ketika sambutan Hari Hasil 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-28 pengkorporatan LHDN di ibu pejabatnya di Menara Hasil, di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan pihaknya akan terus komited dalam merangka strategi dalam memastikan kutipan cukai negara berjumlah RM197 tahun ini dicapai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tumpuan akan diberikan kepada isu ketirisan cukai melibatkan individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai (high net worth individuals), pendapatan dari Malaysia yang disimpan di dalam akaun luar negara yang belum dilapor, transaksi rentas sempadan, harga pindahan domestik, aktiviti atas talian dan kes-kes ekonomi bayangan.
“Perlaksanaan E-Invois juga adalah inisiatif utama HASiL dalam tahun 2024,” katanya ketika sambutan Hari Hasil 2024 bersempena dengan ulang tahun ke-28 pengkorporatan LHDN di ibu pejabatnya di Menara Hasil, di sini hari ini.

Sekadar info, kutipan cukai bagi tahun 2023 sebanyak RM183.34 bilion sekaligus kutipan tertinggi dalam sejarah kutipan cukai langsung negara.

Nisbah kutipan tersebut terhadap KDNK ialah sebanyak 9.91% yang juga lebih tinggi daripada kadar nisbah cukai langsung KDNK bagi negara-negara di Asia Pasifik yang dalam lingkungan 8%.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Sosial

Seorang peniaga dipercayai tiada lesen perniagaan berang apabila barang jualan kena rampas oleh penguat kuasa dipercayai di Dataran Merdeka. @user62935921735153 I don’t know what’s...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd