Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Warga Emas Tamatkan Ijazah Sarjana Di Usia 95 Tahun

Seorang lelaki warga emas tamatkan ijazah sarjana di usia 95 tahun selepas menghabiskan pembelajarannya di Universiti Kingston.

Graduan tertua tamatkan pengajian di Kingston University

Memetik laporan dari Mirror, Dr David Marjot, 95 telah memecahkan rekod universiti sebagai graduan tertua menamatkan pengajian di universiti yang terletak di United Kingdom.

Tamatkan ijazah sarjana di usia 95 tahun

Tamatkan ijazah sarjana di usia 95 tahun, warga emas dapat tepukan gemuruh

Perkara tersebut sekaligus memadamkan rekod sebelum ini apabila ada graduan yang menamatkan pengajian pada usia 93 tahun pada 1994.

Difahamkan, Dr Marjot telah menerima Ijazah Sarjana Falsafah Eropah Moden dan ketika dia naik ke atas pentas, tepukan gemuruh telah diterima daripada warga dewan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Dr Marjot, apa yang diraihnya ketika ini adalah hasil daripadak kerja keras yang dilakukan sepanjang mengikuti pengajian.

“Ingatan saya tidak seperti dahulu tetapi saya berasa bertuah kerana mempunyai guru bertaraf dunia dan ia adalah pengalaman yang sangat positif.
“Saya fikir adalah penting untuk sentiasa mencabar diri sendiri walaupun semakin meningkat usia,” katanya.

Tamatkan ijazah sarjana di usia 95 tahun

Kredit foto: Kingston University

Artikel lain: Universiti Di Ireland Perkenal Pengajian Ijazah Dalam Bidang Influencer

Tamatkan ijazah sarjana di usia 95 tahun, sambung belajar sebab tak nak ingat tentang kematian isteri

Lelaki warga emas itu sebenarnya kembali menjadi pelajar kerana enggan terlalu memikirkan tentang kematian isterinya selepas 65 tahun mereka berkahwin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia kini sedang mempertimbangkan untuk mendaftar bagi mengikuti pengajian ijazah doktor falsafah secara sambilan, yang mungkin dapat ditamatkan pada usia 102 tahun.

“Saya tahu masa terhad, jadi apabila saya melihat iklan untuk kursus saya memutuskan untuk memohon.
“Kakitangan dan pelajar sangat membantu saya. Ia adalah satu kursus yang menarik… jadi satu penghormatan untuk mendapatkan ijazah dan menjadi sebahagian daripada universiti yang hebat,” katanya yang bergelar doktor pada 1952.

Tamatkan ijazah sarjana di usia 95 tahun

Dalam pada itu, majlis graduasi tersebut telah dihadiri oleh anak lelakinya serta menantu.

Sumber: Mirror

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kontroversi program motivasi rumah tangga eHati terus hangat apabila polis mengesahkan wujud elemen tak senonoh dalam acara dinamakan Queen’s Night yang diadakan pada malam...

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd