Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Warga China Kecewa Reputasi Tercemar! Jelaskan Miliki Lesen Memandu & Lamborghini Tak Disita

Lelaki Warga China Kecewa

Seorang lelaki warga China kecewa susulan laporan berita mengenai penahanannya dan kenderaan mewahnya turut disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025 di Jalan Bangsa, Kuala Lumpur.

Tidak berdiam diri, dia yang dikenali Deng Sheng, 28, menegaskan dirinya mempunyai lesen memandu antarabangsa yang sah, namun ketika melalui sekatan berkenaan, dia tidak dapat mengemukakan lesen tersebut.

“Saya ingin memberi respons terhadap berita palsu yang tular semalam yang dikongsi oleh beberapa media dan di media sosial.
“Mereka mengatakan saya telah ditahan dan bahawa kereta Lamborghini saya telah disita oleh JPJ kerana saya tidak mempunyai lesen memandu. Ini tidak benar.
“Saya tak ditahan pun. Saya ada lesen memandu, Lamborghini juga tidak disita,”jelasnya.

Artikel lain: Pencipta Kandungan Tiada Lesen, Lamborghini Lebih RM2 Juta Disita JPJ

Lelaki Warga China Kecewa Reputasi Tercemar

Dalam satu kenyataan hari ini, Deng Sheng menjelaskan bahawa beliau memiliki lesen memandu antarabangsa yang sah, namun ketika sekatan dijalankan, beliau tidak dapat mengemukakan dokumen tersebut kepada pegawai JPJ.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata para pegawai JPJ yang bertugas bersikap mesra dan profesional sepanjang masa.

“Saya dikenakan saman kerana tidak membawa permit tersebut, dan selepas itu saya dibenarkan meneruskan perjalanan. Saya tidak pernah ditahan, dan kereta saya juga tidak disita,”ujar Deng Sheng.

Namun begitu, Deng Sheng meluahkan rasa kecewa apabila berita palsu mengenai penahanannya dan penyitaan kenderaannya tular di media dan media sosial.

“Malangnya, berita palsu ini telah menimbulkan banyak masalah kepada saya. Ia menjejaskan reputasi saya, memberi kesan kepada perniagaan dan turut mengganggu kehidupan peribadi saya.
“Ramai orang menghubungi saya tanpa henti bertanyakan tentang perkara ini. Beberapa media juga secara salah melabelkan saya sebagai ‘influencer’ media sosial, sedangkan saya bukan,” jelasnya.

Tambahnya, walaupun beliau dilayan dengan adil oleh pihak JPJ, penyebaran maklumat yang tidak benar oleh pihak lain telah menyebabkan tekanan dan mencemarkan nama baiknya.

“Oleh itu, saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang telah mencemarkan nama dan reputasi saya.
“Tolong hentikan penyebaran berita palsu. Marilah kita menghormati kebenaran,” tegasnya.

Sumber: FMT , Sinar Harian (Norafidah Assan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd