Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Saman Hospital RM55 Juta, Hilang Dua Kaki Akibat Kecuaian Doktor

Seorang lelaki bertindak memfailkan saman sebanyak RM55 juta setelah kehilangan kedua-dua belah kakinya akibat daripada kecuaian doktor.

Memetik laporan Kosmo, penolong jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Isman Ibrahim menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku setelah dia menjalani pembedahan di hospital swasta terbabit pada Jun 2019, yang dijalankan selepas disahkan menghidap apendiks melalui pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan).

Foto: Kosmo! Online

“Prosedur pembedahan itu tidak berjalan dengan baik apabila doktor yang membedah saya disyaki telah menebuk dan mengikat saluran darah utama sehingga menyebabkan kedua-dua kaki saya menjadi hitam atau gangrene,” katanya.

Menurut Isman, kedua-dua kakinya menjadi hitam akibat daripada tindakan doktor bedah yang disyaki telah menebuk dan mengikat saluran darah utamanya.

Rentetan daripada itu, Isman dipindahkan ke hospital swasta lain sekali gus menyebabkan kedua-dua kaki perlu dipotong demi menyelamatkan nyawanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia mengungkapkan bahawa perihal itu diketahui menerusi rakaman perbualannya dengan salah seorang pakar bius pembedahan itu yang menyatakan kemungkinan besar insiden berpunca daripada kesilapan menebuk pada saluran darah sebanyak 90 peratus.

Foto: Berita Harian

Difahamkan, selain kedua-dua kakinya perlu dipotong di bahagian peha, dia juga perlu menjalani pembedahan pintasan saluran darah untuk memastikan kakinya dapat berfungsi dengan baik.

“Saya nekad bawa kes ini ke mahkamah untuk menunjukkan dan membongkar isu kecuaian pihak hospital. Saya pasti banyak kes didiamkan dan berharap mereka yang senasib tampil ke depan,” ujarnya.

Isman berkata, kesan insiden yang juga menyebabkan sakit saraf selama tiga jam selang dua hari membuat dirinya nekad untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah sekali gus membongkar kecuaian pihak hospital.

“Tuntutan saman awal kita adalah RM55 juta dan pemfailan semula bagi memastikan kebajikan anak guamnya terjamin. Ini termasuk dalam mendapat kos sebenar bagi kaki palsu daripada beberapa pengeluar,” jelasnya.

Peguam yang mewakili Isman, Firhat Muhd Fikri memaklumkan tuntutan saman awal telah diajukan dengan jumlah RM 55 juta, dan pemfailan semula akan dilakukan bagi memastikan kebajikan anak guamnya terjamin.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd Yunus Yakkub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd