Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Pukul Kanak-Kanak Perempuan Guna Tukul Besi

Seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki memukul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun menggunakan tukul besi dalam kejadian di Flat Ungku Tun Aminah, Sabtu lalu.

Kanak-kanak perempuan dipukul guna tukul besi

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, tangkapan dilakukan di sekitar Johor Bahru kira-kira jam 7.25 malam pada hari kejadian.

kanak-kanak perempuan

Mengikut Balveer, penahanan dibuat susulan satu rakaman video tular di media sosial memaparkan mangsa mengalami pendarahan di kepala.

Artikel lain: Aiskrim Dijadikan Umpan, Sarjan Tentera Disyaki Cabul Kanak-Kanak Lima Tahun

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada 26 Julai lalu kira-kira jam 5.19 petang, kami menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan anak perempuannya diserang seorang lelaki menggunakan tukul besi di kawasan flat berkenaan.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis berjaya mengesan dan menahan suspek di kediamannya di Johor Bahru pada malam yang sama,” katanya.

Balveer berkata, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.

“Mangsa mengalami kecederaan serius membabitkan koyakan kulit di kepala serta bengkak pada tangan kanan,” ujarnya.

Sebelum ini, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 19 saat yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di kawasan bawah flat sebelum seorang kanak-kanak perempuan dilihat meraung kesakitan dengan kepala berlumuran darah, melarikan diri menaiki lif.

kanak-kanak perempuan

Hasil semakan lanjut mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah termasuk berkaitan dadah. Ujian air kencing juga mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Suspek kini direman tujuh hari bermula Ahad lalu hingga 2 Ogos depan. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera menggunakan senjata atau objek berbahaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! (Mohd Sharkawi Londing)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd