Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Mengamuk Di Plaza Tol Ada 17 Rekod Jenayah Lampau

Angkara mengamuk dan menghambur kata-kata kesat selepas ditegur mengetuk tempat kad Touch ‘n Go (TnG) dengan kuat, seorang lelaki warga tempatan ditahan pihak polis pada Isnin.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan satu video tular kejadian pertengkaran antara pengguna jalan raya dan jurutol di sebuah plaza tol berhampiran Jalan Batu 9, Kajang.

Foto: X @UpdateInfo

Beliau berkata, dalam video tersebut, seorang lelaki telah keluar turun dari kenderaan dan menuju ke kaunter tol sambil memarahi jurutol yang berusia 21 tahun itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau lagi, suspek turut bertindak menendang dinding kaunter tol tersebut dan kemudiannya beredar dari lokasi kejadian.

 

Foto: HotFM

“Berdasarkan siasatan dijalankan, punca kejadian kerana suspek ditegur mengetuk tempat kad ‘Touch n Go’ dengan kuat semasa menggunakan perkhidmatan itu.
“Berang kerana ditegur, suspek mengamuk dan memarahi mangsa dengan bahasa kesat serta menendang dinding kaunter tol.
“Bertindak atas maklumat, suspek yang berusia 31 tahun telah ditahan jam 7 malam bersama sebuah kenderaan jenis Perodua Alza berwarna hitam di sebuah taman perumahan di kawasan Hulu Langat, Selangor bagi membantu siasatan,” katanya pada Selasa.

Foto: X @UpdateInfo

Advertisement. Scroll to continue reading.

Naazron berkata, hasil pemeriksaan ujian awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain turut mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan khianat yang boleh membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Foto: X @UpdateInfo

Selain itu katanya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum sehingga RM100 dan siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini.

Sumber: Buletin TV3

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd