Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tengku Zafrul, Lee Chong Wei Terima Darjah Tertinggi Pulau Pinang Sempena Ulang Tahun TYT Ke-84

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merupakan antara penerima darjah kebesaran tertinggi sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sambutan Ulang Tahun Ke-84 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang

Menurut laporan Astro Awani, Tengku Zafrul dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, manakala Lee Chong Wei menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN), yang turut membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka merupakan antara 1,530 individu yang menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang yang akan disampaikan dalam istiadat rasmi selama empat hari bermula esok hingga 30 Julai.

pulau pinang

Foto: Carian Google

Turut menerima DPPN ialah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang, Tan Sri Dr Mohd Yussof Abdul Latiff, serta Pengerusi Eksekutif MMAG Holdings Berhad, Datuk Farhash Wafa Salvador.

Bagi kategori DGPN, seramai 17 penerima lain turut tersenarai, antaranya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Long, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk M Jana Santhiran dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, 11 individu menerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) dan 118 lagi menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) dan kedua-duanya membawa gelaran Datuk.

Artikel lain: Irmohizam Cipta Sejarah Jadi Rakyat Malaysia Pertama Terima Anugerah Kepimpinan Terbilang di India

Antara penerima DMPN ialah Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali, Pengarah JIPS Bukit Aman, Datuk Hamzah Ahmad, serta Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman, Datuk Norazmi Mohd Narawi.

Penerima lain termasuk Pengerusi Persatuan Melayu Pulau Pinang, Datuk Abdul Wahab Hamid, Konsul Brazil di Pulau Pinang, Datuk Chin Lye Kheng, serta Pengarah Urusan Pipesway Furniture Sdn Bhd, Datuk M Chandra Kumar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penerima DSPN pula termasuk Penasihat Undang-undang Negeri, Wan Nor Sakina Saad, Pengarah Tanah dan Galian, Dr Faizal Kamarudin, Ketua Hakim Syarie, Za’im Md Yudin, serta Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Kenneth Yoong Ken Chinson St James.

Turut tersenarai ialah Pakar Bedah Ortopedik Loh Guan Lye Specialists Centre, Dr Goh Eng Tat; Artis Keadilan Sosial, K Gunabalan dan Pengurus Besar Kwong Wah Yit Poh Press Bhd, Lee Hin Chan.

pulau pinang

Foto: Carian Google

Sebanyak 85 individu menerima Darjah Johan Negeri, 43 menerima Bintang Cemerlang Negeri, 222 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), 371 dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 641 menerima Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 18 lagi menerima Pingat Bakti Setia (PBS).

Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Law Choo Kiang, seramai 150 penerima akan menerima Darjah Kebesaran, manakala 1,380 lagi akan menerima Bintang dan Pingat Kehormatan.

“Keseluruhan penerima terdiri daripada penjawat awam persekutuan dan negeri, ahli politik, tokoh korporat, NGO, usahawan serta sukarelawan,” katanya.

Untuk rekod, istiadat ini ditangguhkan daripada tarikh asal 12 Julai lalu kerana bertembung dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 dan dijadualkan semula pada 26, 28, 29 dan 30 Julai ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Astro Awani

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Isu pembatalan ceramah pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar di Masjid Sri Sendayan pada Sabtu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sebaliknya merupakan urusan...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd