Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas FRU: Lebihan Muatan Antara Punca Lori ‘Tipper’ Rempuh Konvoi, Ragut 9 Nyawa

Lebihan Muatan Antara Punca

Lebihan muatan melampau, kelemahan kawalan operasi dan ketiadaan ciri keselamatan asas dikenal pasti sebagai antara punca kemalangan maut yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan pada 13 Mei lalu.

Menurut Laporan Akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini, dapatan menunjukkan penguatkuasaan yang terhad turut mewujudkan persekitaran berisiko tinggi, sehingga mengakibatkan tragedi tersebut.

Ketika kejadian, lori jenis ‘tipper’ itu membawa muatan batu kerikil seberat 40,960 kilogram, iaitu 70.67 peratus melebihi had dibenarkan pada 24,000 kilogram.

Kemalangan ini berpunca daripada gabungan faktor teknikal, manusia, organisasi, serta jurang dalam dasar dan penguatkuasaan,” menurut laporan berkenaan.

Lebihan Muatan Antara Punca Lori ‘Tipper’ Rempuh Konvoi

Laporan setebal 156 halaman itu menjelaskan, lori FRU berkenaan berada di kedudukan kelima dalam konvoi tujuh kenderaan terdiri daripada empat lori, dua kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah bas yang dalam perjalanan ke Ipoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala lori ‘tipper’ dengan nombor pendaftaran AKL4674 datang dari arah bertentangan menuju ke Teluk Intan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori FRU.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua lori terbalik ke sisi kiri masing-masing dan berada dalam kedudukan akhir dalam keadaan mengiring,” jelas laporan itu.

Pasukan petugas khas mendapati lori berkenaan bukan sahaja membawa muatan melebihi had, malah melanggar Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan Kaedah 89 Kaedah-Kenderaan Bermotor, menyebabkan prestasi pemanduan kenderaan terjejas teruk.

Laporan turut menjelaskan bahawa lebihan muatan meningkatkan tenaga kinetik serta daya impak semasa pelanggaran, sekali gus menambah risiko kecederaan parah dan kematian.

“Sebagai contoh, lori dengan BDM 24,000 kilogram pada kelajuan 30 km/j menghasilkan tenaga kinetik sekitar 833 kJ, manakala lori BDM 40,960 kilogram pada kelajuan sama menghasilkan 1,422 kJ, hampir dua kali ganda,” katanya.

Artikel lain: Nahas FRU: GPS Gagal Fungsi Punca Kemalangan Lori Batu Dan Trak FRU

Pemeriksaan lanjut mendapati komponen tayar, brek dan suspensi lori tipper berada dalam keadaan baik, namun fungsi stereng tidak dapat disahkan sepenuhnya berikutan kerosakan teruk akibat pelanggaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lori itu juga gagal mematuhi syarat muatan yang diluluskan, apabila membawa batu kerikil sedangkan kenderaan itu hanya dibenarkan membawa muatan arang batu, sekali gus melanggar Seksyen 57(1)(b)(iii) APAD 2010.

Laporan yang dikeluarkan selepas lebih lima bulan siasatan itu turut mengemukakan beberapa cadangan keselamatan kepada pihak berkuasa dan pengendali kenderaan berat bagi mencegah kejadian serupa pada masa hadapan.

Sumber: Harian Metro (Rafidah Mat Ruzki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd