Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Lebih Ramai Atlet Dijangka Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024 – MSN

Kontinjen Negara menjangkakan lebih ramai atlet negara yang layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 dan jumlahnya akan terus meningkat dalam beberapa minggu ini berikutan kejayaan empat atlet mengesahkan slot mereka ke temasya sukan tersebut sekali gus menjadikan jumlah atlet seramai 10 orang.

Menurut satu laporan Bernama, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN) Jefri Ngadirin berkata, kontinjen negara masih mempunyai peluang untuk meraih kelayakan menerusi sukan olahraga, renang, ping pong, memanah dan golf yang akan diumum beberapa minggu lagi.

Foto: Majlis Sukan Negara

“MSN harap semua atlet beri tumpuan penuh dan prestasi sebaik mungkin untuk melayakkan diri ke temasya Olimpik. Sukan-sukan tersebut masih berpeluang melayakkan diri kerana proses kelayakan masih berlangsung.
“Terjun juga mempunyai satu lagi peluang melalui kuota yang tidak digunakan untuk diberi slot ke Olimpik (sekiranya ada negara tidak menggunakan kuota mereka),” katanya pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihak kontinjen negara sedang giat memantau persiapan dan prestasi para atlet yang layak dan berpotensi untuk layak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita jangka mengetahui senarai penuh bagi Paris menjelang awal Jun menerusi persekutuan antarabangsa sukan-sukan terlibat.
“Kita sentiasa berhubung dengan atlet terlibat berkaitan status dan prestasi mereka. Sokongan juga diberi menerusi Kementerian Belia dan Sukan sejak tahun lepas, tak kira atlet berkenaan berada dalam program Road to Gold (RTG) atau tidak,” ujarnya.

Foto: The Independent

Untuk makluman, tiga atlet berbasikal trek negara, iaitu Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri disahkan layak dalam acara pecut dan keirin, manakala pelayar Khairulnizam Mohd Afendy juga layak ke Olimpik buat kali keempat berturut-turut selepas menduduki tempat ketiga dalam acara ILCA 7 lelaki (Single-Handed Dinghy) di kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis.

Selain itu, Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat), Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran), Johnathan Wong (menembak), Ariana Nur Dania Mohd Zairic (memanah), Nur Aisyah Mohd Zubir (berbasikal lebuh raya) dan Bertrand Rhodict Lises (terjun) terlebih dahulu melayakkan diri ke Olimpik Paris 2024 yang bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dalam usaha meredakan ketegangan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India mengadakan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian melibatkan isu yang timbul sejak...

Lokal

Sebanyak 14,000 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh menerusi 29 masjid sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd