Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ditanam Secara Haram, Lebih 3,000 Pokok Durian Musang King, IOI, D24 Ditebang

Lebih 3,000 pokok durian yang ditanam secara haram dalam Hutan Simpan Gunung Benum, Raub ditebang dalam satu operasi penguatkuasaan khas yang dijalankan selama 18 hari bermula 21 Julai lalu.

Lebih 3,000 pokok durian ditebang

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), tindakan tersebut dilaksanakan susulan titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu sebarang bentuk pencerobohan tanah di negeri itu dihentikan serta-merta.

Menurut Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Zainuddin Jamaluddin, operasi bersepadu itu melibatkan kawasan seluas kira-kira 250 hektar dan turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia, Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Pasukan Gerakan Am (PGA), dan Angkatan Relawan Malaysia (RELA).

pokok durian

Foto: BH Online

Operasi ini bukan sahaja menumpukan kepada tanaman durian seperti Musang King, D24, IOI dan durian kampung, malah turut melibatkan pokok buah-buahan lain seperti petai, rambutan dan manggis yang ditanam secara haram dalam kawasan hutan simpan,” katanya dipetik Berita Harian.

Zainuddin berkata, sejak operasi dilancarkan bulan lalu, kira-kira 50 hektar kawasan tanaman dalam hutan simpan tersebut telah dimusnahkan sepenuhnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa operasi kali ini berdepan kesukaran apabila pasukan penguat kuasa terpaksa melalui kawasan berpagar milik persendirian yang berkunci.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebahagian besar kawasan yang diceroboh terletak di belakang tanah milik dan ini menyukarkan laluan. Ada yang enggan beri kerjasama, menyebabkan kami terpaksa potong kunci pagar untuk masuk,” ujarnya.
pokok durian

Foto: Sinar Harian

Beliau turut mendedahkan bahawa ada pekebun menggunakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau pergerakan pasukan operasi dan memberi pelbagai alasan untuk menghalang kemasukan ke kawasan berkenaan.

Artikel lain: Dari Kebun Ke Istana! Pengusaha Durian ‘Black Thorn’ Terkenal Kini Bergelar Datuk

Walaupun begitu, katanya, pihak berkuasa tidak menerima sebarang bantahan atau provokasi daripada pekebun setakat ini.

“Sejak operasi dimulakan, tidak ada pekebun yang bertindak agresif atau membantah. Mereka akur apabila dimaklumkan tanaman yang diusahakan berada di atas tanah yang diceroboh secara haram,” katanya lagi.

Tambah beliau, JPNP tetap komited untuk membanteras sebarang pencerobohan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas tanah kerajaan dan hutan simpan.

Sumber: FMT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd