Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

KWSP Raih Pendapatan RM102 Juta Dari Penjualan Saham MAHB – Amir Hamzah

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP raih pendapatan RM102 juta hasil dari penjualan Saham Malaysia Airposts Holdings Bhd (MAHB) yang dijual pada harga antara RM6.80 dan RM7.70 seunit bagi tahun kewangan 2023, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Memetik laporan Harian Metro, beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

KWSP raih pendapatan RM102 juta dari penjualan saham MAHB

KWSP Raih Pendapatan RM102 Juta

Foto: Bernama

Sehubungan itu katanya, tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan tersebut adalah tidak berasas dan ini jelas ditolak oleh KWSP melalui kenyataan akhbarnya pada 12 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Berdasarkan kenyataan ini, jelas bahawa KWSP mencatatkan keuntungan daripada penjualan beli saham MAHB dan berjaya merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023,” katanya pada Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang ingin mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian dialami KWSP dalam transaksi pembelian dan penjualan saham MAHB dan bagaimana ia dilaporkan dalam penyata kewangan KWSP.

Dalam pada itu, beliaut turut memaklumkan bahawa KWSP berjaya mengisytiharkan dividen sebanyak 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus bagi Simpanan Shariah pada 2023.

Amir Hamzah nafi rugi, KWSP raih pendapatan RM102 juta

“Secara keseluruhan, sejak 2014, jumlah pendapatan daripada dagangan aktif dan pengumpulan dividen saham MAHB mencapai nilai RM650 juta,” ujarnya.

Jelasnya, aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan pada tahun ini adalah pelaburan yang berbeza iaitu dari segi matlamat pelaburannya dan dari segi jabatan yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan itu.

Artikel lain: Tindakan Tegas Akan Diambil Terhadap Stesen TV Langgar Garis Panduan – Fahmi Fadzil

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, sehingga pengumuman Tawaran Sukarela (VGO) pada 15 Mei 2024 di Bursa Malaysia, aktiviti dagangan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai berjalan mengikut mandatnya untuk menjana pulangan untuk ahli-ahli KWPS.

KWSP mengamalkan proses tadbir urus yang tegas melalui protokol perintang maklumat atau dikenali sebagai ‘Chinese Wall’ yang menjadi amalan piawaian standard dalam kalangan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi kewangan, katanya.

Foto: The Edge Malaysia

“Di bawah protokol perintang maklumat, Jabatan Pelaburan Strategik (JPS) yang bertanggungjawab ke atas VGO MAHB ini adalah dilarang sama sekali daripada berkongsi maklumat sensitif dan bukan umum kepada Jabatan Ekuiti (IP).
“Protokol ini memastikan pemisahan maklumat supaya tidak berlaku sebarang percanggahan kepentingan yang boleh membawa risiko berlakunya ‘insider trading’ yang menjadi kesalahan jenayah di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA),” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Pelakon popular Korea Selatan, Kim Sae-ron ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul kira-kira jam 4.55 petang (waktu tempatan) pada Ahad. Menurut laporan...

Nasional

Penjual jagung mencetuskan kontroversi berunsur perkauman sudah memohon maaf kepada seluruh masyarakat khususnya kaum India susulan perbuatannya yang boleh menjejaskan keharmonian pelbagai kaum di...

Politik

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal buat kecoh pada Dewan Rakyat hari ini selepas menyentuh isu berkaitan Titah Adendum. Memetik laporan Berita Harian, Wan...

Sosial

Pihak polis di Pamanukan, Jawa Barat, Indonesia telah menunaikan permintaan seorang wanita hamil mengidam disaman pihak berkuasa selepas ibu itu menyampaikan permintaannya kepada mereka....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd