Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kurangkan Kos Perniagaan, Lebih 100 Cawangan KFC Ditutup Sementara

Lebih 100 daripada 770 cawangan Kentucky Fried Chicken (KFC) ditutup sementara waktu demi mengurangkan kos perniagaan.

Memetik laporan Bernama, pemegang francais KFC, QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, sebagai tindak balas terhadap ekonomi mencabar, pihak QSR memilih untuk lebih memberi tumpuan kepada zon perniagaan lebih tinggi.

Foto: Media Panas

Walau bagaimanapun, pekerja dari restoran yang ditutup sementara ini dikatakan masih mempunyai peluang untuk ditempatkan semula di premis yang tidak terjejas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pekerja dari restoran yang terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke restoran yang lebih sibuk sebagai sebahagian usaha pengoptimuman semula oleh syarikat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, langkah yang juga merupakan sebahagian daripada strategi taktikal ini bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan sumber di kawasan perdangan dengan peningkatan keterlibatan pelanggan.

Tambahnya lagi, meskipun telah lebih 50 tahun KFC berkhidmat untuk rakyat Malaysia namun, mereka masih mengekalkkan penyediaan dan perkhidmatan produk yang berkualiti kepada para pelanggan.

Foto: QSR Media Asia

Difahamkan, selain memberi jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli di Malaysia yang 80 peratus daripadanya adalah Muslim, KFC juga telah menjadi penyumbang kepada ekonomi di negara ini secara positif.

“Sebagai syarikat yang telah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih 50 tahun, tumpuan kekal pada menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan di samping menyumbang secara positif kepada ekonomi Malaysia melalui jaminan pekerjaan untuk 18,000 ahli pasukan di Malaysia, dengan 85 peratus adalah Muslim,” jelasnya.

Selain dapat memberi balik kepada masyarakat menerusi KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah, QSR turut menjelaskan bahawa KFC merupakan salah satu pembayar cukai terbesar di negara ini.

“Kami percaya rakyat Malaysia akan mengiktiraf asal usul Malaysia kami, keikhlasan serta kerja keras kami dalam menyumbang kepada ekosistem Malaysia,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Seorang wanita tidak menyangka suami yang pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh orang anak mereka sendiri tergamak berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan yang diberi....

Sosial

Cikgu E atau nama sebenarnya, Nassry Mardee Bin Ismail dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Telah menghembuskan nafas terakhir Perkara itu dinyatakan menerusi akaun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd