Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kredibiliti PM Anwar Diiktiraf, Dunia Percaya Malaysia Masih Ada Taring Diplomatik

Kredibiliti PM Anwar Diiktiraf

Keupayaan Malaysia membawa Thailand dan Kemboja ke meja rundingan sehingga mencapai persetujuan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat disifatkan sebagai kejayaan diplomasi negara yang tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa.

Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Prof. Madya Dr. Suseela Devi Chandran berkata, peranan Malaysia dalam rundingan tersebut membuktikan kewibawaan diplomatik negara, khususnya sebagai pengantara dalam menyelesaikan konflik secara aman.

“Peranan Malaysia dalam rundingan ini sememangnya membuktikan kekuatan diplomasi lebih-lebih lagi sebagai pengantara dalam menyelesaikan konflik secara aman dan damai.
“Ia juga memberi satu kepercayaan kepada mekanisma ASEAN sebagai sebuah organisasi serantau yang mengelakkan sebarang penggunaan senjata atau kekerasan sebagai cara penyelesaian.
“Usaha Malaysia untuk membawa kedua-dua Perdana Menteri ke Putrajaya sememangnya satu kejayaan diplomasi Malaysia pada peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya kepada Borak Daily.

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak

Kredibiliti PM Anwar diiktiraf, damaikan Thailand dan Kemboja

Gencatan senjata itu dicapai dalam mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, pada Isnin lalu.

Rundingan tersebut diadakan susulan ketegangan yang memuncak pada 25 Julai melibatkan pertempuran bersenjata di utara Kemboja, termasuk insiden berdarah di kawasan Preah Vihear yang dipertikaikan hingga meragut nyawa seorang anggota tentera Kemboja.

Pertikaian sempadan antara kedua-dua negara itu berlarutan sejak beberapa dekad lalu dan melibatkan kawasan sepanjang 817 kilometer yang belum dimuktamadkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kredit Foto: Izzuddin Abd Radzak

Menurut Dr. Suseela, kejayaan rundingan ini antara lain berpunca daripada kesediaan kedua-dua negara menerima peranan Malaysia sebagai pemudah cara.

“Kedua-dua pihak mempunyai hasrat untuk mencari jalan penyelesaian dan peluang ini telah diguna oleh Perdana Menteri Malaysia.
“Selain daripada itu, kepercayaan kedua-dua pemimpin terhadap kewibawaan Perdana Menteri Malaysia, sebagai seorang mediator yang boleh dipercayai, neutral dan berwibawa.
“Keadaan ini berbeza sama sekali dengan situasi di Myanmar kerana Myanmar tidak mahu ASEAN untuk campur tangan dalam isu Rohingya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kepimpinan Anwar dalam menerajui rundingan tersebut selaku Pengerusi ASEAN, selari dengan prinsip ASEAN Way.

“PM Anwar telah memainkan peranan yang penting lebih-lebih lagi sebagai Pengerusi ASEAN.
“Beliau telah mengetuai perundingan dan memainkan peranan sebagai mediator. Kejayaan beliau membawa kedua-dua pemimpin di meja perundingan dianggap sebagai satu pencapaian tertinggi dalam diplomasi yang telah mencapai kejayaan.
“Rundingan ini juga dianggap selari dengan salah satu prinsip ASEAN Way, iaitu menyelesaikan konflik secara musyawarah dan muafakat,” jelas Dr. Suseela.

Tambahnya, Malaysia menunjukkan komitmen jelas dalam mengekalkan keamanan rantau Asia Tenggara apabila bersedia memastikan pelaksanaan gencatan senjata dipantau dan disahkan oleh pasukan pemerhati ASEAN.

“Tindakan Malaysia menunjukkan komitmennya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di Asia Tenggara. Dengan campur tangan secara aktif, Malaysia telah mengukuhkan idea bahawa anggota ASEAN boleh menangani cabaran mereka sendiri tanpa bergantung semata-mata kepada kuasa luar.
“Malaysia juga akan memastikan agar pasukan pemerhati ASEAN untuk memantau dan mengesahkan pelaksanaan gencatan senjata. Komitmen untuk membuat susulan ini adalah penting untuk membina keamanan yang berkekalan,” katanya.

Artikel lain: Rundingan Damai Thailand-Kemboja: AS Puji Peranan PM Anwar

Mengulas lanjut, Dr. Suseela berkata Malaysia perlu mengekalkan dasar berkecuali dan terus membina kepercayaan dalam kalangan negara serantau agar terus diyakini sebagai pengantara.

Katanya, kejayaan Malaysia dalam pelbagai konflik sebelum ini, termasuk di Mindanao dan Kemboja, banyak dipacu oleh pendekatan berhati-hati dan diplomasi senyap.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malaysia perlu kukuhkan hubungan dua hala dengan negara anggota ASEAN agar kekal menjadi pilihan apabila timbul konflik. Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia juga harus memastikan usaha pencegahan dan penyelesaian konflik terus menjadi keutamaan,” tambahnya.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di...

Lokal

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Datin Rosnih Nasir menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragik...

Lokal

Tindakan biadab Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengundang padah...

Sukan

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau mencipta sejarah apabila muncul juara baharu Kejohanan Super Schools Rugby 2025 selepas menewaskan pasukan pilihan, Victoria Institution...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd