Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kraftangan Malaysia Rai 115 Graduan Sempena Istiadat Konvokesyen IKN Ke-21

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengadakan Istiadat Konvokesyen Institut Kraf Negara (IKN) ke-21 semalam.

Istiadat Konvokesyen itu dijalankan di Panggung Sari, Kompleks Kraf Kuala Lumpur dan ia merupakan pengiktirafan kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam kraf bagi sesi 2022/2023.

Majlis itu telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Roslan Tan Sri Abdul Rahman yang mewakili dan membaca teks Menteri MOTAC, Datuk Tiong King Sing.

Istiadat Konvokesyen kali ini melibatkan seramai 115 graduan yang mana 72 graduan Program Diploma Seni Kraf dan lapan graduan Program Sijil Seni Kraf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selebihnya, seramai 27 merupakan graduan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang Seni Kraf Batik, Seni Kraf Tenunan, Seni Kraf Seramik, Seni Kraf Kayu, Seni Kraf Logam serta Seni Kraf Rotan.

Selain itu, seramai lapan graduan dari Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja Tengku Ampuan Besar Meriam turut menerima Sijil Kemahiran Tenun Pahang Diraja.

Artikel lain: DIHK Setuju Kongsi Kepakaran Bersama TVET Malaysia – Ahmad Zahid

Istiadat Konvokesyen kali ini turut memberikan penghargaan dan anugerah kepada graduan terbaik dalam empat kategori iaitu kategori Pelajar Terbaik Diploma Seni Kraf kepada enam graduan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, anugerah Pelajar Terbaik Sijil Seni Kraf diberikan kepada dua graduan, anugerah Pelajar Terbaik Sijil Kemahiran Malaysia kepada enam graduan dan anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan kepada tiga graduan.

Selain itu, pihak IKN turut mengadakan program PASAREKA bermula 1 hingga 5 November yang mana ia diisi dengan pelbagai aktiviti.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini ialah Pameran Korporat, Jualan Produk Pelajar, Demonstrasi Kraf dan Pameran Alumni IKN.

Disamping itu, PASAREKA akan menghimpunkan pereka, penggiat industri seni dan pelajar berkongsi idea dalam pembangunan produk kraf baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut Data Pengesanan Graduan IKN, 82% daripada graduannya berjaya menembusi pasaran pekerjaan dalam pelbagai bidang sejak 2001.

Ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan dan MOTAC akan terus mendukung bidang pendidikan dan keusahawanan kraf tangan bagi membuka peluang pekerjaan rakyat serta membantu usahawan kraf meningkatkan pendapatan.

Turut hadir ke Istiadat Konvokesyen IKN ke-21 itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC, Mohd Yusri Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, ‘Ainu Sham Ramli dan Pengarah Kanan Institut Kraf Negara, Shamsul Azizi Samsudin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd