Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Tawar 24500 Tempat Pengajian Bagi Pemohon Layak Terutama Golongon B40

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan tawar 24,000 tempat pengajian secara terus ke program peringkat pengajian tinggi sempena program Setahun Bersama Kerajaan MADANI (SBKM) bagi pemohon layak.

KPT dalam satu kenyataan berkata, tawaran itu termasuk di peringkat Diploma dan Sijil di Politeknik atau Kolej Komuniti terpilih selain turut menyediakan 500 tempat di lima buah program Pra Diploma Universiti Teknologi MARA (UiTM).

KPT tawar tempat pengajian bagi pemohon layak

Foto: Berita Harian

Program yang dibuka kepada pemohon yang layak terutama dari golongan B40 ini akan diadakan di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 hingga 10 Disember ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, KPT juga mempelawa graduan dan pelajar yang berminat untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka untuk menyertai reruai KPT ketika SBKM itu berlangsung.

Ia bertujuan memberi peluang kepada graduan dan pelajar mengetahui kursus peningkatan kerjaya yang akan ditawarkan melalui Program Global Outsourcing bagi Pensijilan Kompetensi.

Artikel lain: Selepas 14 Tahun, MOTAC Kembali Anjur Anugerah Seni Negara

SBKM juga memberi peluang kepada murid dan lepasan sekolah untuk mendapatkan maklumat untuk ke menara gading melalui perkhidmatan konsultasi pendidikan tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkhidmatan konsultasi ini akan dilaksanakan oleh wakil UPUOnline daripada Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Foto: Bernama

Dalam pada itu, KPT juga menyediakan satu lagi program, “Genggam Ijazah Tanpa Ke Universiti” yang mana ia memfokuskan kepada pengunjung yang sudah memiliki pengalaman kerja.

“Ia menawarkan maklumat dan konsultasi berkenaan Program Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu serta Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kelolaan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)” kata KPT hari ini.

Sementara itu, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga akan membuka kaunter bagi memberi penerangan mengenai perkhidmatan dan produk pembiayaan pendidikan tinggi dengan menawarkan diskaun sehingga 15%.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, KPT juga akan membawa dua bas kesihatan bergerak dari UiTM dan Universiti  Sains Islam Malaysia (USIM) untuk pengunjung SBKM.

Foto: Utusan Malaysia

Pengunjung boleh mendapatkan konsultasi dan rawatan secara percuma berkaitan mata dan juga pergigian daripada para pakar kesihatan yang bertugas.

Bertemakan “IPT Pemangkin Pembangunan Negara MADANI”, KPT berharap para pengunjung yang hadir akan mendapat manfaat serta maklumat berguna melalui SBKM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Disamping itu, orang ramai dapat didedahkan mengenai sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh kementerian dalam memperkasakan dan mempersadakan sektor pendidikan tinggi negara.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd