Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPT Kecualikan Yuran IPTA, Beri SSPN-i Kepada 21 Anak Mangsa Nahas Helikopter

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuat pengecualikan pembayaran yuran pengajian kepada anak mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga tamat belajar.

Menurut satu laporan Harian Metro, menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, cadangan tersebut juga telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Foto: Harian Metro

“Ini anak yang belajar di universiti awam dan setakat ini kita mendapat maklumat, yang hanya seorang anak (iaitu anak Mohd Shahrizan) belajar di UMK,” katanya.

Zambry berkata demikian selepas melawat keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter Mohd Shahrizan Mohd Termizi di Taman Bunga Tanjong, Setiawan malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pengecualian tersebut membabitkan yuran pengajian anak perempuan sulung Allahyarham, Nurul Shahfiqah berusia 21 tahun yang merupakan penuntut tahun pertama di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Foto: FB Zambry Abd. Kadir

“Bagaimanapun kalau ada anak (mangsa lain) yang sedang belajar (di IPT) boleh maklumkan dan kita akan melaksanakan dasar sama,” ujarnya.

Zambry turut berkata, pihaknya juga akan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas helikopter TLDM dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) yang dikenal pasti masih bersekolah.

“Kemudian kita akan mendapatkan maklum balas kerajaan untuk langkah seterusnya (berkaitan tabung SSPN-i) daripada segi tabung berkenaan (untuk) belajar ke peringkat tinggi. Anak masih bersekolah mereka tentu memerlukan tabungan untuk masa depan.

Foto: FB Zambry Abd. Kadir

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya juga percaya Kerajaan termasuk Kementerian Pertahanan mungkin ada perancangan (untuk membantu anak mangsa nahas) jadi tabung ini memudahkan pihak berkenaan membantu anak terbabit,” tambahnya lagi.

Beliau memaklumkan bahawa semua usaha itu dilakukan bagi memastikan anak-anak mangsa dapat meneruskan pengajian sehingga peringkat yang tinggi sekali gus tidak mahu membiarkan mereka menghadapi kesulitan untuk menyambung pengajian.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke selatan Thailand sempena cuti panjang Aidilfitri hujung minggu ini dinasihatkan menangguhkan perjalanan susulan isu kekurangan bekalan petrol dan...

Lokal

“Kenapa tangan ringan nak pukul anak orang? Umur muda dan tenaga banyak, patut guna untuk tanggung keluarga,” itu nasihat Majistret Rais Imran Hamid kepada...

Lokal

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika menjala udang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd